@daisysan01: Sumud Nusantara: Jejak Kecil, Tekad Besar “Sumud” bermaksud teguh dan tabah walau ditekan. Itulah semangat rakyat P yang kini dikongsi bersama dalam gerakan Sumud Nusantara iaitu solidariti umat dari rantau Asia Tenggara yang mengangkat isu P sebagai perjuangan sejagat. Gerakan ini telah lama berkembang. Dari Misi Flotilla ke G sekitar 2009, solidariti besar-besaran 2014, kempen “We Are Sumud” di media sosial pada 2018, hingga kini membentuk jaringan Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand Selatan dan Filipina Selatan. Ia bukan sekadar emosi, tetapi berlandaskan pendidikan, diplomasi masyarakat dan jaringan antarabangsa. Malaysia terus memainkan peranan penting. Ramai anak muda kita menyumbang tenaga sebagai sukarelawan lapangan di G, kem pelarian di Jordan, Syria dan Lubnan, ada yang bertugas sebagai doktor, jururawat, pengurus logistik, malah ada yang istiqamah menggerakkan kutipan dana kecil-kecilan di masjid, sekolah dan kampus. Usaha kecil ini bila dikumpulkan, menjadi jambatan besar buat P. 📌 Misi Sumud Nusantara 2025 Pasukan A – 15 wakil Malaysia (aktivis, influencer, media & artis tempatan) belayar dari Barcelona pada 31 Ogos 2025. Antaranya Musa Nuwayri, PU Rahmat, Zizi Kirana dan Ardell. Pasukan B - 15 wakil Malaysia bersama rakan Brunei & organisasi kemanusiaan (Iman Care, Yayasan Amal, GPM, ABIM, Childrity, MAPIM, ZRA Strim, dll.) akan belayar dari Port Itali pada 4 September 2025. Turut serta Ustaz Mad Kecik, Syed Solahuddin, Farah Lee dan ZRA. Marilah kita sama-sama mendoakan seluruh delegasi Malaysia dan Nusantara ini selamat dalam misi, dikurniakan kesihatan, dipermudah segala urusan mereka serta keluarga yang ditinggalkan. P tidak pernah bersendirian. Dari Nusantara, kita bersama mereka. #allahulmustaan #allahummashollialasayyidinamuhammad #FreePalestine #gaza #solidarityforpalestine
daisy
Region: MY
Wednesday 03 September 2025 06:43:31 GMT
Music
Download
Comments
katijah_abdullah :
🤲🌟🤲♥️♥️♥️🤍📖🕋🥰🤲🌟🤲☝️💪🤲🇲🇾✊🇵🇸✊🇲🇾✊🇵🇸✊🇲🇾✊🤲🤲 AAMINYAROBBALLAAMIN ASSALAMMUALAIKUM
2025-09-03 10:03:04
1
Zeck Abdullah🏴🏳️ :
“Hasbunallah wa Ni’mal Wakil Ni’mal Maula Wanikmannasir” “Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung“. "Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajma'in." “Dari sungai ke segara, Palestin 🇵🇸 pasti merdeka ✊🏻”.
2025-09-03 12:51:43
2
noei :
moga Allah permudah kn semua urusan unruk membantu saudara2 Kani di palastine amin
2025-09-03 14:23:13
1
@AKHWAT PERIVAT 🔒 :
free palestina 🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸
2025-09-03 10:57:10
1
@Mawaldi_46 :
Ya Allah lindungilah saudara-saudari kami yang berada di Palestine
#FREEPALESTINE🇵🇸🇵🇸
#SAVEPALESTINE🇵🇸🇵🇸
#ALLEYESONRAFFA
2025-09-04 13:12:34
0
To see more videos from user @daisysan01, please go to the Tikwm
homepage.