@remy_rahim843: KUALA LUMPUR — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mempersoalkan ketiadaan sebarang perkembangan berhubung kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas dua tahun beliau dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi. Timbalan Ketua Biro Komunikasi MUDA, Rasid Abu Bakar dalam kenyataan menegaskan bahawa rakyat berhak mengetahui hasil siasatan tambahan yang dijanjikan pihak pendakwaan sejak 2022, namun sehingga kini tiada sebarang kertas pendakwaan baharu dikemukakan. “Selepas dua tahun, persoalan rakyat kekal tidak berjawab: Di manakah hasil siasatan tambahan yang dijanjikan? Mengapa tiada sebarang perkembangan diumumkan kepada rakyat? Foto: Kenyataan media MUDA. “Mengapa tiada kertas pendakwaan baharu dikemukakan? Apakah alasan ‘siasatan tambahan’ itu sekadar helah untuk melepaskan seorang ahli politik berkuasa daripada perbicaraan?” soal beliau. Rasid turut mengingatkan kembali pesanan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika DNAA diputuskan pada 4 September 2022, bahawa tindakan menggugurkan kes selepas mencapai tahap prima facie hanya akan membuang masa mahkamah dan membazirkan wang pembayar cukai. Menurut beliau, keadaan bertambah meragukan apabila Timbalan Pendakwa Raya yang ketika itu membuat permohonan DNAA kini telah dilantik sebagai Peguam Negara. “Rakyat berhak bertanya, adakah pelantikan ini suatu kebetulan, atau hadiah sebagai balasan kerana menyelamatkan Zahid daripada membela diri di mahkamah?” katanya. MUDA menegaskan bahawa sekiranya pelantikan itu bukan “hadiah”, maka Peguam Negara perlu segera mendakwa semula Zahid berdasarkan bukti prima facie yang telah diperakui mahkamah. “Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengesahkan persepsi rakyat bahawa undang-undang di Malaysia ada dua wajah — satu untuk rakyat biasa, dan satu lagi untuk elit berkuasa,” jelas Rasid. Beliau turut menambah bahawa rakyat tidak akan melupakan isu ini dan desakan #DakwaSemulaZahid merupakan tuntutan agar negara kembali kepada prinsip asas bahawa tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang. -The Merdeka Times

Remy_Rahim84
Remy_Rahim84
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 04 September 2025 10:04:55 GMT
364
60
5
1

Music

Download

Comments

user28502345194048
Razak :
sokong
2025-09-04 11:09:47
1
azman7949
Azman79 :
saya sokong 1000%
2025-09-04 11:11:15
1
shamsudinmatzin0
unclesam :
sokong
2025-09-04 11:39:42
1
kam.alias407
Khairul :
👍👍👍
2025-09-04 12:43:40
1
To see more videos from user @remy_rahim843, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About