@datukwirajohanabdaziz: 5 September 2025 | Dusun Tua Petang tadi saya berkesempatan meninjau kediaman Encik Sabri sekeluarga di Batu 17, Hulu Langat yang terkesan apabila cerun di belakang rumah mereka runtuh akibat hujan lebat semalam. Saya memahami kegusaran yang dihadapi keluarga ini dan akan membawa isu ini ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi mencari penyelesaian segera demi keselamatan mereka sekeluarga. Semoga langkah terbaik dapat diambil dengan kadar segera; insya Allah. YB Johan Abd Aziz #fyp #fypシ゚viral #viral #banjir #hululangat