@xpose011: Lambang keberanian srikandi menjaga kedaulatan negara Tahun 1974, merupakan tahun bersejarah yang menyaksikan unit pertama Polis Hutan wanita menamatkan latihan mereka. Upacara perbarisan tamat latihan itu telah membuka lembaran baru Pasukan Polis Hutan Wanita sekaligus membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu bersama-sama menggalas tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Berpakaian seragam hijau lengkap dengan senjata dan beg galas, anggota-anggota ini berbaris dengan penuh bersemangat dihadapan Ketua Polis Negara, barisan dif-dif kehormat, kaum-keluarga dan ratusan penonton yang hadir. Inspektor Rubiah binti Abdul Ghani telah dinobatkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan. Unit pertama Polis Hutan Wanita ini telah berjaya ditubuhkan dengan kekuatan anggota yang terdiri daripada seorang pegawai wanita , seorang Sarjan, dua orang Koperal dan 49 orang mata-mata. Tanggungjawab anggota wanita ini bukan terhad di dalam kem sahaja, bahkan turut di hutan rimba dan kawasan pedalaman. Antara tugas mereka sebagai juru semboyan, orderly perubatan, pengiring kepada pengganas perempuan yang ditangkap atau menyerah diri. Sesungguhnya, peranan anggota pasukan polis hutan wanita ini juga amat besar dalam mengekalkan kemerdekaan negara.
XPOSE RADIKAL
Region: MY
Friday 05 September 2025 14:28:11 GMT
Music
Download
Comments
Mohammed Bin Bakar :
hadir sokóng😁😁😁
2025-09-22 12:39:46
0
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm
homepage.