@datukwirajohanabdaziz: 6 September 2025 | Dusun Tua Saya meminta pihak konsesi yang bertanggungjawab terhadap projek flyover Persimpangan Batu 9 untuk mengadakan satu mesyuarat sebelum penyerahan projek yang dijangkakan pada bulan hadapan. Banyak perkara masih memerlukan penjelasan dan tindakan; termasuk isu penurapan semula kawasan yang pernah digunakan untuk meletakkan jentera, pembinaan semula pintu gerbang Kampung Melaka, penyediaan hentian bas yang dirobohkan serta perkara-perkara lain yang melibatkan kepentingan penduduk setempat. Saya difahamkan apabila perkara ini diajukan oleh ketua kampung kepada pihak konsesi, jawapan yang diberikan ialah ianya tidak termasuk dalam skop kerja. Justeru, saya mohon pihak JKR untuk turut memantau dan memastikan segala permintaan serta keperluan penduduk dapat diberi perhatian sewajarnya sebelum projek ini diserahkan sepenuhnya. YB Johan Abd Aziz #fyp #fypシ゚viral #viral #hululangat #CapCut