@papan.nada: Gerhana bulan penuh atau Blood Moon boleh disaksikan di seluruh Malaysia bermula 11.28 malam Ahad hingga 4.55 pagi Isnin, dengan kemuncak pada 2.11 pagi. Bulan akan kelihatan kemerahan akibat pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi; fenomena ini boleh dilihat dengan mata kasar jika cuaca baik. Agensi Angkasa Malaysia menggalakkan orang ramai hadir ke lokasi balai cerap untuk menyaksikan fenomena ini dan menambah ilmu astronomi. #fyp #bloodmoon #gerhanabulan #malaysia #trending