@ipk.tv5: KENYATAAN DATUK SERI SALIM ABDUL RAHMAN BERKENAAN PENCAPAIAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (PMX) KUALA LUMPUR, 8.9.25,Pengerusi Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membuktikan kepimpinan beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak berdendam, malah mengutamakan rakyat dan negara dalam setiap keputusan. Menurut beliau, sekiranya Anwar menyimpan dendam, beliau boleh menggunakan kuasa vetonya untuk mengambil tindakan terhadap pihak lawan. Namun, Anwar memilih untuk menumpukan usaha memulangkan kembali harta negara yang diseleweng, tanpa menganiaya mana-mana individu. “Adakah keluarga beliau mengambil harta negara? Boleh semak akaun bank keluarganya. Anwar Ibrahim hanya berkhidmat demi rakyat, membangunkan negara, dan memperjuangkan nasib golongan susah,” kata Salim. Beliau turut menekankan bahawa Perdana Menteri tidak pernah membeza-bezakan negeri sama ada diperintah kerajaan perpaduan atau pembangkang. Malah, negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah tetap mendapat perhatian serta bantuan tanpa dianak-tirikan. Dalam aspek ekonomi, Salim berkata pencapaian Anwar amat membanggakan apabila Ringgit Malaysia berjaya mengukuh daripada RM4.78 berbanding dolar AS ketika beliau mula dilantik, kepada sekitar RM4.15 hari ini. “Satu dunia menyaksikan kejayaan ini, bahkan pemimpin-pemimpin antarabangsa turut mendapatkan pandangan beliau mengenai ekonomi,” katanya. Salim turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, semakin mengenali dan menghargai kepimpinan Anwar. Katanya, kanak-kanak seawal usia 11 tahun hingga 14 tahun sudah sedar dan mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyeru rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, yang jelas tidak mengutamakan kepentingan peribadi, sebaliknya menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan kedaulatan negara. “Tidak pernah dalam hidup saya melihat seorang Perdana Menteri begitu tabah walaupun dihina dan dicaci. Allah tetap bersama beliau. Tiga tahun menerajui negara, kita lihat rakyat semakin terbela. Inilah pemimpin yang kita harus sokong demi masa depan bangsa dan negara,” ujar Salim. #pmx #madani #malaysia #pemimpinterpuji
IPK.TV
Region: MY
Monday 08 September 2025 16:23:43 GMT
Music
Download
Comments
habibah.irman :
DSAI satu-satu PM yang memerintah malaysia dalam landasan yang betul tu yang ramai musuh-musuh beliau menyerang tak henti-henti. Bangga sangat jadi rakyat malysia. Walaun tu tolak tepi
2025-09-08 23:23:06
746
Sam 2211 :
ya allah lindungilah dsai
2025-09-08 23:21:33
514
Asman Adnan753 :
PMX bukanlah seorang pendendam.
2025-09-09 01:44:37
445
Hishham Hishham :
Allah bersama PMx
2025-09-08 19:31:04
651
zam :
terbaik pmx 👍👍👍 untuk rakyat Malaysia 👍👍👍
2025-09-08 19:36:32
248
Ruslan Al-Attas :
Terima kasih Datuk Seri karena memberi penjelasan
2025-09-09 00:14:46
121
Jasmin Kanano :
PMX perdana menteri Malaysia terbaik 💯🥰
2025-09-09 02:20:11
284
mohanpy :
pmx terbaik Best tangkap semua sukau
2025-09-09 00:49:57
173
keladi_tikus :
pmx terbaik malaysia
2025-09-08 23:31:14
114
naemah shafiee :
PMX pemimpin terbaik Malaysia
2025-09-09 00:27:14
146
Rozianah Abdullah :
Betul2 PMX terbaik org x sedar diri shj tak puas hati pertolongan PMX.
.
2025-09-08 20:00:02
139
undertaker.54 :
terbaik datuk kita tetap sokong pmx 💯👍👍👍👍👍👍
2025-09-09 01:09:45
92
wahidsanusi541 :
Allah bersama PMX
2025-09-08 22:51:25
95
izara :
terbaik pmx
2025-09-08 20:17:33
71
Ahmad Shahrawi :
I love PMX
2025-09-08 23:38:22
30
Nor Shifah :
Semoga Allah terus menjaga PMX buat rakyat malaysia yang menyokong dan menghormatinya.. Mempermudahkan semua urusan pentadbiran negara supaya berjalan lancar... Dan berjaya cemerlang.. In Shaa Allah
2025-09-08 23:29:25
54
peacxy_ :
PMX TERBAIK AMIN🤲🤲🤲
2025-09-08 22:05:49
66
mawarazeera2 :
pmx ikhlas
2025-09-09 01:11:07
22
fadilmajid640 :
setuju pandangan tuan 💪💪💪 jalan terus pmx 🥰🥰🥰
2025-09-09 01:27:10
144
shokrishokri71 :
PMX MADANI TERBAIK PH BN TERBAIK PH BN TERBAIK ❤️💙👍🥰💪💯
2025-09-09 01:00:16
28
Abu Hasan :
Alhamdulillah PMX TETAP TERBAIK UTK MENERAJUI NEGARA insha'Allah
2025-09-09 01:55:00
56
ardeen13 :
Walaun koyak
2025-09-08 18:16:37
282
Batista@##$& :
pmx the best prime minister malaysia👍👍👍👍
2025-09-08 20:08:46
160
MAN NAYAN :
👍PMXMADANI TERBAEK BRO😎👍
2025-09-09 01:00:34
23
M :
PMX tetap terbaik
2025-09-11 00:23:35
16
To see more videos from user @ipk.tv5, please go to the Tikwm
homepage.