@ckkigen44: Tarikh : 09 September 2025 (Selasa) Jenis Insiden: Khidmat Khas Kemalangan Jalan Raya Lokasi : Lebuh Raya KM 45.3 Arah Karak Balai Bomba dan Penyelamat Bentong telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 melaporkan berlaku satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori treler dan sebuah kereta. Terdapat dua mangsa dalam kereta iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang wanita yang tersepit. Pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan rescue tool bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak ambulans APM untuk dihantar ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan lanjut. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Sekian , Terima kasih. #bombadanpenyelamatnegeripahang #balaibombadanpenyelamatbentong #jabatanbombadanpenyelamatmalaysia Bbp Bentong