@sabah2day: PROGRAM JUALAN AGRO MADANI TERUS BERIKAN IMPAK POSITIF KEPADA RAKYAT DAN USAHAWAN TEMPATAN Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan Program Jualan Agro MADANI di seluruh negara bermula April 2023. Bagi tempoh April 2023 hingga Ogos 2025, sebanyak 13,484 program telah dilaksanakan dengan tumpuan di kawasan berkepadatan penduduk termasuk kompleks kerajaan/agensi, outlet peruncitan agensi KPKM, kawasan perumahan, bandar serta pinggir bandar. KPKM turut memastikan program ini sampai ke seluruh pelusuk negara termasuk kawasan terpencil seperti di Pagalungan, Sabah, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat tidak tercicir daripada menerima perhatian serta bantuan. Melalui pelaksanaan program ini, barangan asas terpilih ditawarkan pada harga 10% hingga 30% lebih rendah daripada harga pasaran setempat. Langkah ini bukan sahaja membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup dengan penjimatan terus, malah turut mempromosikan produk tempatan serta membantu petani dan usahawan memperluas pasaran mereka. Kementerian akan terus memperkukuh inisiatif ini agar manfaatnya dapat dirasai secara berterusan oleh rakyat dan golongan usahawan di seluruh negara. #AgroMADANI #KPKM #BersamaRakyat #JualanHargaPatut #KeterjaminanMakanan
Sabah Today
Region: MY
Wednesday 10 September 2025 09:54:41 GMT
Music
Download
Comments
Gws :
Terbaik DSAJK👍👍
2025-09-10 12:50:13
1
To see more videos from user @sabah2day, please go to the Tikwm
homepage.