@pejabatkadikotatinggi: JOHOR PERKUKUH STATUS HAB HALAL SERANTAU MELALUI SEMINAR INKLUSIF Johor terus mengorak langkah sebagai hab halal serantau yang progresif dan berdaya saing melalui penganjuran Seminar Halal Johor. Seminar kali ini mengambil pendekatan yang lebih inklusif dan strategik dengan melibatkan penyertaan negara-negara jiran serantau. Inisiatif ini bertujuan untuk memperluas jaringan kerjasama serta memperkukuh ekosistem halal global secara kolektif. Melalui sesi perkongsian ilmu, pengalaman, dan strategi daripada para pakar serta penggiat industri, seminar ini membuka ruang yang luas untuk Johor memacu kepimpinan dalam sektor halal. Ia juga berfungsi sebagai platform penting untuk membina rangkaian antarabangsa, memperkasa keupayaan usahawan halal tempatan, dan merangka langkah baharu dalam menjayakan agenda Johor sebagai pusat halal yang diyakini di persada dunia. Kerajaan Negeri Johor komited untuk memastikan industri halal bukan sahaja menjadi pemangkin ekonomi, tetapi turut menyumbang kepada pemerkasaan syariah, pemeliharaan integriti halal, dan pembangunan ummah secara menyeluruh. Insya-Allah, segala usaha ini akan digembleng bagi menjadikan Johor bukan sekadar peneraju, malah penentu arah tuju industri halal di rantau ini. Sumber: YB Tuan Haji Mohd Fared Bin Khalid (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor) #majujohor #johor #satuhalasatuummah #halal #dakwahsantai
PEJABAT KADI KOTA TINGGI
Region: MY
Wednesday 10 September 2025 13:12:37 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @pejabatkadikotatinggi, please go to the Tikwm
homepage.