@wearemadani: Pagi tadi di Samajaya High-Tech Park, saya bersama Premier Sarawak menyaksikan pelancaran X-FAB Sarawak 40K Fab Expansion. Komitmen pelaburan berjumlah RM3 bilion ini bukan sekadar meningkatkan kapasiti pengeluaran, tetapi mengangkat Sarawak sebagai peneraju baharu dalam industri semikonduktor dan teknologi front-end fabrication. Kejayaan ini menjadi bukti nyata keyakinan dunia terhadap Malaysia, khususnya Sarawak yang bukan sahaja muncul sebagai hab tenaga hijau rantau ini tetapi kini turut menonjol sebagai hab semikonduktor ASEAN. Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama rapat antara industri dan universiti bagi melahirkan tenaga kerja berdisiplin, berkemahiran tinggi serta bersedia menghadapi cabaran era automasi dan kecerdasan buatan (AI). Dengan kestabilan politik, dasar yang jelas serta sokongan padu Kerajaan Persekutuan, saya yakin Sarawak akan menjadi contoh unggul bagi negara sedang membangun dan turut menjadi sebahagian daripada penentu arah masa depan ekonomi global. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja #SegulaiSejalai

AmirAsyraf
AmirAsyraf
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 12 September 2025 16:36:49 GMT
124
19
1
0

Music

Download

Comments

yantibolhassan
🎀 :
🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2025-09-12 16:43:08
0
To see more videos from user @wearemadani, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About