@cid.sarawak: DUA LELAKI DIDAKWA CURI BESI ALUMINIUM DI RUMAH TERBIAR MIRI: 17 September 2025: Dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 51 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri hari ini atas pertuduhan mencuri beberapa batang besi aluminium dari sebuah rumah terbiar di Vista Perdana minggu lalu. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama-sama pada 11 September 2025 kira-kira jam 4.18 petang, di sebuah rumah terbiar di Vista Perdana Miri telah mencuri harta iait 14 batang aluminium kira-kira 60 inci setiap satu, 10 batang aluminium kira-kira 24 inci setiap satu, dan 4 batang aluminium kira-kira 13 inci setiap satu. Pertuduhan dikemukakan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, dan jika kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau sebatan jika sabit kesalahan. Pada hari kejadian, kedua-dua saspek telah ditangkap dengan bantuan orang awam yang melalui kawasan berkenaan ketika saspek sedang melakukan kesalahan tersebut. Kedua-dua saspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Ashok A/L Linggam. Kedua-dua tertuduh telah mengaku salah atas pertuduhan dan dijatuhi hukuman, bagi tertuduh pertama, penjara 8 bulan, manakala bagi tertuduh kedua dijatuhi hukuman penjara 2 bulan Hukuman berjalan dari tarikh ditangkap pada 11 September 2025.
CID SARAWAK
Region: MY
Wednesday 17 September 2025 08:43:56 GMT
Music
Download
Comments
John Ngelambai :
apa guna kalau jual pun paling² dapat rm60.00 sahaja.masuk penjara bayar denda lebih mahal dari apa yang di curi .kalau kena sebat lagi teruk nak duduk pun tak tenang.
2025-09-17 12:43:30
2
Jayau :
krja cangkung pun mkan gaji rm60 atau rm65 sehari skrang,klau pandai plasta rm100 satu hari skrang.miri bnyak projek buat rmh cuba lh minta krja.
2025-09-18 13:27:46
2
marshalpichi :
tahniah CID SWK👍
2025-09-24 05:35:34
0
Syahimie :
ada harga ka Besi tu?
2025-09-17 23:37:49
1
jaiuujaiu :
gaji ya belik...kerja Manah bisi tang ka ga ngaga pengawa ya ke enda Manah.....sepi ya...
2025-09-18 01:02:05
0
La'ap Buin Channel :
badan sihat tidak mau kerja...haiyaaaaa 🤦🤦🤦
2025-09-18 07:50:02
0
Alvina mag :
coba lh kerja tak kan senang
2025-09-18 04:46:32
1
Sab.Sab.Sui :
jgn ckp CID xbuat kerja
2025-09-17 09:49:50
2
kenyalang terbai :
🤣🤣aok jk lh
2025-09-17 20:28:36
0
ALEXSSANDRA DEWI :
mantap kak cid
2025-09-18 07:33:26
0
romzigeee :
Tahniah Team CID Miri 🫡👍🏻👍🏻👍🏻
2025-09-17 19:59:21
0
Theodoric Shiloh :
sepi asai🤣🤣
2025-09-17 15:28:51
0
Blackout Out :
terbaik CID🥰🥰
2025-09-23 11:48:40
0
Bro azman :
👍👍👍
2025-09-17 13:55:00
1
monny :
😭
2025-09-19 03:22:08
0
Lee Yang :
👍👍👍
2025-09-18 13:15:29
0
norma1961 :
😳😳😳
2025-09-17 23:05:42
0
Sagota Celap :
👍
2025-09-17 14:53:03
0
Faezah Ezah :
@cid.sarawak baru berlaku ptg ni belakang rumah taman tunku tepi petronas 2 org
2025-09-17 11:21:01
0
Haris_N :
hantu minyak Dan kedai slot tak jauh Dari balai sik kenak tangkap
2025-09-18 01:43:56
1
pete05 :
macam kes bunuh kes rompak bilion2 sedangkan kes bunuh kes rompak bilion2 takda pun nak tunjuk muka pelaku terang2 camtu🤣🤣🤣
2025-09-18 02:40:27
2
Shanks Akagami :
sedangkan dekat balai polis pun barang boleh hilang? macam mana nak percaya dgn polis ye cik?
2025-09-18 08:15:37
2
Malink_KunDaNK :
org tua tuh dah 15 kali masuk,,,tak tau ini yg keberapa kali lagi😳😳
2025-09-19 00:29:50
1
Din Maidin170 :
memang sdh kerja dia pakai beli batu😂😂
2025-09-17 22:34:46
1
Aziz zainal :
X berbaloi 😔
2025-09-21 01:55:31
0
To see more videos from user @cid.sarawak, please go to the Tikwm
homepage.