@utusanmelayuplusofficial: Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 13 tahun di dalam sebuah kenderaan yang di parkir Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor pada 3 dan 7 petang, awal Julai dan 27 Julai 2021. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Bapa lapan anak itu turut didakwa atas satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak sama, di tempat serupa pada Jun 2021 dan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. 📷 Harian Metro/Bernama. #fathinaim #kesrogol #trendingnewsmalaysia