@zoelfhm28: #tunduh

zoel
zoel
Open In TikTok:
Region: ID
Sunday 21 September 2025 10:35:28 GMT
134
4
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @zoelfhm28, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

MEXICO CITY - Kerajaan Venezuela sedang melatih orang awam menggunakan senjata untuk mempertahankan negara sekiranya berlaku serangan oleh Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jerman dpa. Di bawah slogan 'Berek turun ke rakyat', tentera telah memulakan sesi latihan pertama di beberapa kawasan di seluruh negara, kata Presiden Nicolás Maduro pada Sabtu. Beliau turut menggesa para petani Venezuela bersiap sedia dan, jika perlu, mengangkat senjata secara beramai-ramai.
MEXICO CITY - Kerajaan Venezuela sedang melatih orang awam menggunakan senjata untuk mempertahankan negara sekiranya berlaku serangan oleh Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jerman dpa. Di bawah slogan 'Berek turun ke rakyat', tentera telah memulakan sesi latihan pertama di beberapa kawasan di seluruh negara, kata Presiden Nicolás Maduro pada Sabtu. Beliau turut menggesa para petani Venezuela bersiap sedia dan, jika perlu, mengangkat senjata secara beramai-ramai. "Rakyat Venezuela berkata kepada empayar: Hentikan ancaman!" kata Maduro ketika berucap kepada petani dalam sebuah perhimpunan. Maduro mendakwa walaupun AS mengancam Venezuela, negara Amerika Selatan itu kini lebih bersatu padu berbanding sebelumnya dalam mempertahankan kedaulatannya. Beberapa hari lepas, Venezuela melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di Caribbean ketika ketegangan dengan AS semakin meningkat. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tentera AS menyerang beberapa bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan selatan AS, menyebabkan beberapa orang terbunuh. Presiden Donald Trump menuduh Venezuela menghantar dadah ke AS. Artikel Berkaitan: AS-Venezuela di ambang perang? Selain itu, Trump turut mengancam Maduro dengan tindakan drastik sekiranya pemerintahannya gagal mengambil semula beberapa rakyat tertentu dengan segera, termasuk individu yang didakwa sebagai penjenayah serius. - Bernama-dpaRingkasan AI Kerajaan Venezuela sedang melatih orang awam menggunakan senjata untuk mempertahankan negara dari serangan Amerika Syarikat Presiden Nicolás Maduro memulakan sesi latihan tentera bersama rakyat di bawah slogan 'Berek turun ke rakyat' Maduro menggesa petani Venezuela bersiap sedia mengangkat senjata jika perlu Presiden AS, Donald Trump, menuduh Venezuela menghantar dadah ke AS dan mengancam tindakan terhadap Maduro #news #viral #venezuela #usa #war3

About