@peysutt:

PeySutt
PeySutt
Open In TikTok:
Region: CA
Sunday 21 September 2025 19:49:00 GMT
7
3
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @peysutt, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Pesawat Netanyahu Elak Ruang Udara Eropah ke AS, Gentar Waran Tangkap ICC Media tempatan melaporkan pada Khamis bahawa pesawat yang membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa mengelak ruang udara majoriti negara Eropah ketika menuju ke Amerika Syarikat (AS) susulan kebimbangan ditahan berhubung waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah perang di Gaza. Menurut koresponden diplomatik i24 News, Amichai Stein, pesawat membawa Netanyahu turut mengelak ruang udara Perancis, sekali gus memanjangkan perjalanan ke AS susulan waran tangkap ICC serta ketegangan semasa antara Tel Aviv dan Paris berkaitan perang di Gaza. Koresponden itu turut mendedahkan pesawat Netanyahu hanya melalui ruang udara Greece dan Itali, sambil berkongsi peta yang menunjukkan laluan penerbangan berkenaan. Pada November 2024, ICC telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza. Netanyahu berlepas dari Tel Aviv pada awal Khamis bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-80 di New York serta dijadual bertemu Presiden AS, Donald Trump di Rumah Putih pada Isnin. Sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Netanyahu memberitahu wartawan bahawa dia akan mengecam pemimpin negara yang mengiktiraf kenegaraan Palestin. Dalam perkembangan berkaitan, beberapa negara Barat termasuk Perancis, United Kingdom (UK), Kanada, Australia dan Belgium mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara minggu ini, menjadikan keseluruhannya 159 daripada 193 negara anggota PBB. Netanyahu turut memaklumkan dia akan bertemu Trump buat kali keempat sejak Presiden AS itu memegang jawatan pada Januari 2025, bagi membincangkan ‘peluang besar hasil kemenangan kami serta keperluan menamatkan objektif perang.’ Sumber: Anadolu Ajansi

About