naufal :
﷽
Ya Allah, Engkau yang Maha Mendengar, Maha Pengasihani, Maha Penyayang, Maha Berkuasa dan lagi Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di dalam hati kami. Jika hati ini sedang lemah, kuatkanlah. Jika langkah kami mulai goyah, teguhkanlah. Jika kami terlupa kepada-Mu, bangkitkan kembali rasa cinta kepada-Mu. Ya Allah, bahagiakan kami dengan takdir yang indah, Tautkan hati kami dengan cinta yang diredhai. Pimpinlah tangan kami agar sentiasa kembali kepada-Mu. Ya Allah, Rahmatilah ibu bapa kami, ampunkan segala dosa mereka, dan limpahkan kasih sayang-Mu dalam hidup mereka. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami atas ketaatan kepada-Mu, dan jangan pisahkan kami melainkan Engkau dalam keadaan reda terhadap kami. Ya Allah, rezekikanlah kami kebahagiaan yang tidak bertepi, keredhaan yang memenuhi hati kami, dan ketenangan yang membuat kami menangis kerana keindahannya. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan jangan Kauu susahkan. Ya Allah, bukakan untukku pintu kefahaman seperti orang-orang arif, kurniakan kepadaku kefahaman para Nabi, dan ingatan seperti para Rasul. Ya Allah, tenangkanlah hatiku dan hati rakan-rakanku saat kami menghadapi peperiksaan. Lapangkanlah dada kami, hilangkan kegusaran dan ketakutan, kuatkanlah ingatan kami dan mudahkanlah segala soalan untuk kami jawab dengan yakin dan betul. Jadikanlah segala usaha kami selama ini diberkati dan diterima oleh-Mu. Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang bukan hanya untuk diriku, tetapi juga buat sahabat-sahabatku. Jauhkanlah kami daripada kesedihan yang panjang, daripada cinta yang melalaikan, dan daripada jalan yang tidak kau redhai... Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a‘yun waj‘alna lil-muttaqina imama... Allahhumma Inna Asallukal Husnul Khotimah... Abbi laa tadzarnii fardal wa anta khairul waaritsin... Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'al syas su a'daa' wan nasra alaal a'daa'... Allahummaj alna fi ta‘allamina wamtihanina minan-najihin... Allahumma yassir lana kulla umurin, waftah lana abwabal khair, waj‘alna min ahli tawfiq wan-najah, fid dunya wal akhirah... Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikmal nassir... Amin Yarabbal Alamin 🤲🏻🤍✨
2025-09-26 16:48:07