@fkeuitmpg: Program Khidmat Masyarakat Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) di Pulau Tioman telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan kerjasama pada 5-7 September 2025. Aktiviti gotong-royong, pembersihan kawasan surau dan pantai serta perkongsian ilmu bersama penduduk setempat telah memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada semua peserta. Di samping itu, diadakan juga aktiviti sukan pantai di kalangan staf dan keluarga untuk mengeratkan silaturrahim. Aktiviti diakhiri dengan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah. Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana sudi meluangkan masa dan tenaga demi kebaikan bersama. Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah dan memberi manfaat kepada komuniti Pulau Tioman. 💚🌊💜 Electrify Your Life @pkeuitmpg #uitm #uitmdihatiku #fkeuitmpg #electricalengineering #jommasukfkeuitmpg