Language
English
عربي
Tiếng Việt
русский
français
español
日本語
한글
Deutsch
हिन्दी
简体中文
繁體中文
Home
How To Use
Language
English
عربي
Tiếng Việt
русский
français
español
日本語
한글
Deutsch
हिन्दी
简体中文
繁體中文
Home
Detail
@aultimapalvraededeus: a história de coragem da rainha Ester.#rainhaester #fe #coragemparavencer #coragemdemulher
aultimapalvraededeus
Open In TikTok:
Region: BR
Thursday 25 September 2025 12:11:15 GMT
166
19
1
0
Music
Download
No Watermark .mp4 (
5.57MB
)
No Watermark(HD) .mp4 (
5.57MB
)
Watermark .mp4 (
5.95MB
)
Music .mp3
Comments
naiaradejesusrodr :
🥰🥰🥰🥰🥰
2025-09-26 01:15:56
1
To see more videos from user @aultimapalvraededeus, please go to the Tikwm homepage.
Other Videos
Saltywithdevin #podcast #podcastshow #podcaststories #podcastsforwomen #viralvideo
#fyp #tafman264 #goviral @Symy Symy Rus
#ฟีด #fypシ #โสดมันดีแบบนี้นี่เอง #เธรด ถ้าเทียบกับตอนมีความรักฉันโอเคมากในตอนโสด
لا لا لا لا #علي_الوائلي #علي_الوائلي #اللهم_عجل_لوليك_الفرج #سيد_فاقد_الموسوي #فاظل_عواد_السماوي #اهات #شاشة_سوداء #مسلم #نغمات #حساب #حزيــــــــــــــــن💔🖤 #متابعة_قلب_تعليق_مشاركة #كربلاء_العشق #العراق #الوائلي #ياحسين💔 #ياعلي #لايكات_الاكسبلور_متابعه #مشاهير_تيك_توك #ياعلي_مولا_عَلَيہِ_السّلام #عشق_حقیقی
Ahli perniagaan, Datuk Haris Embong menuntut pelakon yang juga pempengaruh media sosial, Rafidah Ibrahim, membayar ganti rugi berjumlah RM281,200 kepadanya dan syarikatnya dalam tempoh tujuh hari. Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Julai tahun lalu yang memerintahkan Rafidah membayar ganti rugi itu selepas ahli perniagaan terbabit berjaya dalam kes saman fitnah terhadapnya. Sekiranya Rafidah gagal membuat pembayaran itu dalam tempoh masa yang ditetapkan, Haris menyatakan akan mengambil tindakan lanjut terhadap wanita itu yang juga seorang aktivis. Haris, 48 dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd, yang menjalankan perniagaan produk sejuk beku, 'Aris Burger' selaku plaintif menyaman Rafidah, 39, yang dinamakan sebagai defendan tunggal, selepas didakwa enggan membayar hasil kerja selebriti itu, empat tahun lalu. Notis pertama dihantar oleh firma guaman mewakili Haris, Izral Partnership, kepada firma guaman bagi pihak Rafidah di Shah Alam pada 20 Ogos tahun lalu bagi menuntut pembayaran berkenaan seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi. Notis kedua pula dihantar kepada firma guaman baharu di Gombak yang mewakili Rafidah pada 19 September lalu, yang menyatakan ia mengambil maklum bahawa surat bertarikh 20 Ogos tahun lalu kepada firma guaman mewakili defendan tidak mendapat sebarang maklum balas. Sehubungan itu, firma guaman plaintif, berkata pihaknya diarahkan oleh anak guam untuk menuntut bayaran RM281,200 iaitu jumlah keseluruhan ganti rugi dan kos mengikut penghakiman Mahkamah Tinggi. Ia membabitkan ganti rugi sebanyak RM100,000 yang perlu dibayar kepada Haris, ganti rugi sebanyak RM150,000 yang perlu dibayar kepada Arisprop Holdings, kos keseluruhan sebanyak RM30,000 dan yuran peruntukan sebanyak RM1,200. "Kami telah diarahkan selanjutnya supaya anak guam anda membuat bayaran bagi jumlah yang dinyatakan di atas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat ini, dan sekiranya gagal, anak guam kami akan mengambil tindakan yang perlu," kata firma guaman itu. Sementara itu, Haris dalam satu kenyataan, berkata pihaknya telah memberi banyak masa kepada Rafidah untuk menyelesaikan tuntutan, namun ianya tidak berlaku sehingga ke hari ini. "Tindakan sewajarnya akan diambil jika beliau gagal membuat pembayaran atas jumlah yang dinyatakan. Tuntutan ini adalah untuk membersihkan imej saya dan syarikat atas tuduhan fitnah yang dibuat. "Semua orang mempunyai perjuangan menuntut hak dan keadilan. Begitu juga saya. Ini adalah perjuangan menuntut hak dan keadilan untuk saya dan syarikat serta menghormati keputusan Mahkamah Tinggi," katanya. Perkara itu disahkan peguam Mohd Izral Khairy bagi pihak plaintif ketika dihubungi media hari ini. Menurut peguam itu, pihaknya menghantar notis berkenaan sebanyak dua kali, iaitu notis yang pertama kepada firma guaman di Shah Alam pada 20 Ogos tahun lalu, dan notis kedua kepada firma guaman di Gombak pada 19 September lalu selepas defendan didapati menukar peguam baharu. Melalui saman yang difailkan pada Oktober 2021, Haris mendakwa Rafidah menerbitkan dua hantaran di Facebook beliau pada 21 September 2021 dan 18 Oktober 2021. Hakim Mahkamah Tinggi, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati hantaran kedua yang diterbitkan defendan di media sosial adalah fitnah, kerana perkataan yang digunakan defendan itu telah mendedahkan plantif kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan. Hakim itu berkata, mahkamah mendapati hantaran itu membawa maksud syarikat berkenaan mengambil kesempatan ke atas defendan (Rafidah), dengan enggan membayar hasil kerja beliau yang ketika itu ketua pemasaran syarikat. John Lee berkata, defendan telah menggunakan perkataan yang merendahkan maruah kedua-dua plaintif di mata orang awam, serta mengajak pembaca untuk menjauhi dua plaintif itu.
About
Robot
Legal
Privacy Policy