@rentakcoffee: Pelawak British Tommy Cooper meninggal dunia pada 15 April 1984 ketika membuat persembahan secara langsung di televisyen dalam rancangan Live From Her Majesty’s. Semasa itu beliau sedang melakukan aksi silap mata, kemudian tiba-tiba rebah di atas pentas. Penonton di dewan serta penonton TV pada awalnya menyangka ia sebahagian daripada lawak atau “slapstick” beliau — sebab gaya persembahan Cooper memang terkenal dengan aksi kelam-kabut dan jatuh tergolek. Jadi orang ramai ketawa, ingat ia sebahagian daripada rutin. Namun sebenarnya beliau terkena serangan jantung di atas pentas. Barulah selepas tirai ditutup dan paramedik masuk, orang mula sedar ia benar-benar kecemasan. Malangnya beliau disahkan meninggal dunia pada malam itu. #comedy