@armizanmohdali: KOTA KINABALU, 28 SEPTEMBER 2025 - Berkesempatan hadir dalam Majlis Makan Malam Bersama Warga KPDN Sabah. Suasana santai tapi memberi nilai dan makna yang besar. Pertemuan ini saya gunakan bukan sahaja untuk bersua malah menjadi medan merapatkan silaturrahim. Titipan pesan disampaikan agar para pegawai terus komited, menjalankan amanah dan meneruskan kecemerlangan dalam tiap tugasan yang diberikan. Dalam majlis ini, saya turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang sempena Karnival Sukan KPDN Sabah yang telah berlangsung pada 27-28 September 2025. Tahniah kepada para pemenang dan semua warga kerja KPDN Sabah yang telah mengambil bahagian. @Armizan Mohd Ali @Pejabat Parlimen Papar (P.175) @KPDN #MalaysiaMADANI #SabahMajuJaya #KPDN #PAPARian #DARMA