keeds :
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Perkasa, kami memohon perlindungan untuk saudara-saudari kami dari Sumud Flotilla dan kapal-kapal lain yang kini ditahan kerana membawa misi kemanusiaan ke bumi huruf G. Jangan biarkan mereka diperlakukan dengan zalim, lindungilah tubuh, hati dan jiwa mereka dari seksaan, tekanan dan ketakutan. Ya Rabb, jadikan penahanan ini sebagai asbab pengampunan dan peningkatan darjat mereka di sisi-Mu. Berikanlah kepada mereka kesabaran yang luas, hati yang tetap tenang, dan keyakinan bahawa pertolongan-Mu itu dekat. Bukakan jalan keluar yang terbaik untuk mereka, longgarkan segala ikatan yang menjerut mereka, dan hadirkanlah pembelaan-Mu melalui cara yang tak disangka-sangka. Ya Allah, Engkaulah Pemilik segala kuasa. Kau mampu membalikkan hati manusia, Kau mampu melepaskan yang terikat, Kau mampu membebaskan yang ditahan. Maka lepaskanlah mereka dengan selamat, muliakanlah perjuangan mereka, dan jadikan dunia menyaksikan bahawa Engkau sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran. Aamiin 🤍🤍
2025-10-03 00:21:04