@abang.cedok.ori: Manfaatkan masa kehidupan di dunia. Elak perbalahan yang tercetus dari komen provokasi di media sosial. Pengurusan kehidupan itu sangat penting supaya ia dapat membuahkan hasil yang bermakna. Sentiasa berbuat kebaikan sebelum tiba saatnya kematian yang tidak boleh kembali lagi Sekiranya kamu berada pada waktu petang, kamu jangan mengharap hidup sampai pagi hari. Sekiranya kamu berada pada waktu pagi, kamu jangan menantikan waktu petang. Gunakan masa sihatmu sebagai bekalan pada masa sakitmu dan masa hidupmu untuk kematianmu. (Hadis Bukhari) Al-Qur'an Surah Al-Mukminun ayat 99-100 Menjelaskan bahawa orang yang sudah mati akan memohon kepada Allah SWT untuk dikembalikan ke dunia agar dapat beramal soleh, namun permohonan ini tidak akan dikabulkan karena kesempatan beramal hanya ada di dunia dan mereka akan terhalang oleh barzakh sampai hari kiamat. ceramah pendek dari ceramah agama Ustaz Shamsuri Ahmad #ceramahagama #fokus #buatbaik #kehidupan #duniaakhirat