@ipk.tv5: PPIM Desak Siasatan Terhadap Produk Makanan Kucing Mengandungi Bahan Berasaskan Babi KUALA LUMPUR, 9.10.25 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini tampil memberi amaran kepada pengguna berhubung penemuan beberapa jenama makanan kucing di pasaran yang didakwa mengandungi bahan berasaskan babi. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (Toqqi) bersama Cikgu Izham berkata, hasil pemerhatian awal mendapati terdapat produk yang secara jelas menyatakan kandungan “pork” atau “pork derivatives” pada label, manakala sebahagian lagi menggunakan istilah kabur seperti “meat derivatives” yang menimbulkan keraguan. “Kita dapati ada makanan kucing yang mengandungi bahan daripada babi. Ini bukan dakwaan kosong kerana ia tertulis sendiri pada bungkusan produk tersebut,” tegas Toqqi. “Persoalannya, bila kucing yang diberi makan makanan ini bermain di rumah, di dapur atau di masjid, sudah tentu ada kemungkinan najis babi itu berpindah melalui sentuhan. Ini boleh menjejaskan kesucian tempat dan ibadah,” tambah beliau. Menurut Cikgu Izham, PPIM menerima aduan daripada pengguna yang bimbang kucing peliharaan mereka terdedah kepada makanan tidak halal tanpa disedari. Malah, katanya, isu ini turut membabitkan kebersihan rumah serta risiko kepada ahli keluarga kecil yang sering bermain dengan haiwan peliharaan tersebut. PPIM memaklumkan bahawa beberapa sampel produk yang diragui telah dikumpulkan dan akan dihantar ke makmal bagi pengesahan kandungan sebenar. “Kita akan pastikan ujian makmal dibuat dan keputusannya akan diumumkan di laman web rasmi PPIM di ppim.ngo,” jelas Toqqi. “Kami juga mendesak syarikat pengeluar tampil membuat penjelasan jujur tentang sumber daging yang digunakan. Jika tertulis ‘meat derivative’, pengguna berhak tahu daging jenis apa yang dimaksudkan.” “Kelemahan kita sekarang ialah kurang menyelidik. Kita mesti pastikan setiap produk yang masuk ke rumah tidak mengandungi unsur yang haram atau menyokong pihak yang menindas umat Islam,” ujar Toqqi. Persatuan itu menggesa pihak berkuasa, termasuk JAKIM dan KPDN, untuk menjalankan siasatan terhadap produk makanan kucing yang mengandungi bahan berasaskan babi dan memastikan pelabelan dilakukan dengan lebih telus demi menjaga kepentingan pengguna Islam di Malaysia. #ppim #pengguna #toqqi #kucing

IPK TV
IPK TV
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 09 October 2025 11:34:34 GMT
1847897
61791
3675
45340

Music

Download

Comments

maa.maae
maa.maae :
Patutlaaaaa perangai kucing akuuu cammmm babbbbbbb***
2025-10-10 03:32:27
3763
moshimoshhhhhh
Qammmmm :
Jadi maksudnya kucing saya non muslim lah ?
2025-10-12 09:17:49
3206
shiroazchan
Azue Hamdan :
takpela. kucing tak islam pun. belum pernah nmpk depa semayang
2025-10-10 01:57:34
1399
elhan_19
Elhans :
kucing saya non halal, jadi takda masalah tuan. mana yang muslim tu, nanti ajar kucing korang mengucap ya untuk jadi kucing muslim.
2025-10-10 00:03:19
920
mohamaizwan92
e_0ne :
patut kucing aku sllu ckp bhsa cina
2025-10-09 15:13:16
1060
as_jamrah
Huda Herbs :
Inilah akhir zaman. Org nya semakin sombong. Ditegur, diberi nasihat, malah lagi diperlekehkan. 😔
2025-10-10 01:16:58
813
nidzam_aj
The Dude :
Lagi berdosa kalau biar kucing jalanan lapar.
2025-10-10 04:44:43
449
bakenbliss.lgk
bakeNbliss.lgk :
ustaz Azhar Idrus ada explain pasal ni.. silakan search
2025-10-09 15:47:45
680
lidia.amir
Lidia S :
boleh share makanan kucing yang halal
2025-10-09 18:49:50
534
angah.adilla
angah.adilla :
Beli powercat jer, pasti halal
2025-10-09 16:25:31
34
ummatnabimuhammad95
AISYAH AZZAHRA :
ada dgar kat uai kata x pa sebab dah proses campur xpa sebab bukan berjisim
2025-10-09 13:28:25
307
mie_sdsign
SA Mie Hamidi Garage :
sy wat sendiri je wetpud..ayam rebus + labu rebus blender.pastu letak telur mentah ngn agar2.kacau sekata.sejukkan.esok blh guna.
2025-10-12 04:13:15
97
kasih_oren
kasih_oren :
sekor kucing saya mkn royal canine urinary sbb dia sakit batu karang. itu ja mkanan boleh dia mkn sbb rumusan dia khas utk kucing sakit. sya guna tnpa was2 lpas dengar penjelas uai
2025-10-09 20:36:53
240
m.firdausssssssss
m.firdaussss :
pet yg mkn non halal xpe. tp majikan jangan makan sekali. jadi lah haram. ..
2025-10-12 00:40:13
99
nurt963
Ella 🌸🌸 :
Omaigaddd.. aku kdg2 suka mkn sikit mknan kucing aku 😭
2025-10-10 14:14:22
25
shahrinbakri
shahrinbakri :
kucing sy makan royal canin x pe lah sebab kucing sy cina
2025-10-09 17:09:58
31
aisyah.syaqib
aisy.aqib :
ingat semua pd setiap hari KHAMIS kita kena bsatu Sbb kita nak jatuhkan saham issewel pd hari jumaat & market closed pd sabtu ahad. so hari khamis beli pakai cash.Bila semua ikut, akan nampak impak pada hari Khamis tu, mereka akan nampak semua bersatu. x silap sy ada kaitan dgn saham, jika xde tf or apa² urusan online harga saham akn jatuh, tau la saham gergasi ni milik siapa *copypaste sama2 sebarkan🇵🇸
2025-10-11 03:36:27
8
zai.ning3806
Zai ning3806 :
kenapa lah di berat2 kan agama itu
2025-10-12 02:23:45
15
candeo882
candeo882 :
cat or animals need to eat halal now?? wow 😳😳😳
2025-10-09 23:18:07
26
mhdnrhjz
𝐈 𝐉 𝐀 𝐓 🔞 :
Royal canin memng 100% ade.memng kucing bolh mkn tpi klo dia main2 gigit tangan cm mne yer.
2025-10-09 23:12:45
12
sirbard_82
SirBard :
royal canin (recovery)..mmg ada pork.
2025-10-09 17:39:09
66
huzaimah191874
huzaimah191974 :
Astaghfirulah.. korg yg mana main2 dgn isu ni.. cek blk iman kita. mokcik ni pon x pandai tp klu dh dgr ade pork mmg mokcik x beli la wlupun utk kucing. isu besar ni weiii. contoh2 yg main kucing, bg mkn kucing kt rumah, surau, masjid.. mmg bahaya la. semua jd tercemar. yg ambik mudah tu, siap gelak2 lg.. igt blk.. solat kita mcm mana..
2025-10-09 23:39:09
60
baharinbagindaali
Baharin84 :
selaku ngo ppim mereka dah jalankan tanggungjawab utk bagi kesedaran kepada pengguna Muslim..kalau tak nk ikut itu hak korang la..kucing saya makan nasi+ikan😅
2025-10-09 17:23:55
51
cikmaria_myn
MistyMyn :
Sebelum PPIM buat ni ada refer dekat vet juga tak?sbb makanan yg ada pork derivatives selalu vet yg jual & diperlukan utk kucing sakit.
2025-10-09 17:03:52
62
hasrulnizamharon
nizamharon :
ustaz azhar idrus dah kupas..dia lagi arif bab hukum hakam..
2025-10-10 01:09:16
134
To see more videos from user @ipk.tv5, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About