@n.d.alcie_j: 3 SINGH DALAM FILEM P RAMLEE "Lu punya nasib lu makan. Dia punya nasib dia makan. Apa salah ke makan sama-sama". - Seniman Bujang Lapok Itulah bait-bait dialog salah satu babak dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1961. Tetapi tahu kah anda siapakah gerangan pelakon tambahan berbangsa Singh yang melafaskan dialog itu? Individu yang berbangsa Singh yang kita semua boleh lihat di dalam filem itu bernama Pritam Singh. Beliau bukannya seorang pelakon, tetapi beliau bekerja sebagai pengawal dengan syarikat Shaw Brothers untuk mengawal laluan ke pintu masuk di studio Jalan Ampas. P.Ramlee telah memberi peluang kepada beliau melakonkan beberapa babak di dalam filem itu. Ternyata lakonan dan dialog beliau masih diingati oleh para penonton generasi kini apabila menonton filem ini. Seniman Bujang Lapok adalah satu-satunya filem yang dilakonkan oleh Pritam Singh. Beliau masih setia bertugas sebagai pengawal di studio itu sehingga tahun 1980-an, walaupun studio Jalan Ampas sudah menutup operasinya pada tahun 1967. Kalau Pritam Singh hanya berlakon di dalam filem Seniman Bujang Lapok sahaja, jadi siapa pelakon berbangsa Singh yang berlakon di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi, Madu Tiga dan beberapa lagi filem-filem arahan P.Ramlee. Sebenarnya di zaman kegemilangan filem Melayu era studio Jalan Ampas, ada tiga orang pelakon tambahan yang berbangsa Singh dikatakan kerap muncul sebagai watak sampingan, lebih-lebih lagi di dalam filem arahan P.Ramlee. Pelakon berbangsa Singh itu ialah Sarawan Singh dan Sarban Singh. Sarawan Singh pernah muncul dalam filem Pancha Delima dan Abu Hassan Pencuri. Manakala bagi peminat filem Pendekar Bujang Lapok, pasti perasan kelibat Sarban Singh mencampak beberapa samseng ke dalam air semasa pergaduhan di jeti penambang dan juga muncul sebagai tukang urut di Klab Boksing dalam filem Nasib Si Labu Labi. #pritamsingh #legenda #fypシ゚tiktok #fyp #fypdongggggggg
@𝕹.𝕯.𝕬𝕷𝕮𝕴𝕰_𝕵
Region: MY
Thursday 09 October 2025 13:48:22 GMT
Music
Download
Comments
Jeddy :
betul²
2026-09-30 10:45:37
0
Tea Cake :
betul sangat ..sampai skrg ada lagi sifat pada org kita .....dengki ....kena ingat rezeki masing2
2025-10-13 00:10:56
6
amingchai8 :
betul
2026-07-16 08:52:00
0
Adrian Collin Png :
🥰🥰🥰
2025-10-16 11:18:22
0
Ayib :
🥰
2026-07-14 13:40:44
0
To see more videos from user @n.d.alcie_j, please go to the Tikwm
homepage.