@tv3malaysia: Ramai mengenali Indah Water Konsortium (IWK) sebagai pengurus dan perawat air kumbahan, namun di sebalik loji rawatan itu tersimpan inovasi hijau yang luar biasa dan menjadikan sisa tidak lagi sia-sia. Melalui konsep ‘Waste to Wealth’, biopepejal diproses menjadi baja organik, manakala bioefluen terawat digunakan semula dalam industri dan pusat data sebagai air alternatif yang lestari. Inilah transformasi senyap di sebalik paip dan loji serta kisah tentang bagaimana teknologi mampu memulihkan alam sambil menjana nilai baharu. Temui keajaiban Teknologi Hijau Air Kumbahan dalam #Majalah3, Isnin, jam 9 malam di TV3. Strim juga melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.