@healxuitmsa: 📢 BENGKEL PERSEDIAAN PEER EDUCATOR BAGI PROGRAM KESIHATAN ANAK MUDA IPT (KAMI) Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis AIDS Malaysia (MAM) dengan kerjasama Yayasan AIDS Malaysia (YAM) telah menganjurkan Bengkel Persediaan Peer Educator bagi Program Kesihatan Anak Muda IPT (KAMI) yang telah berlangsung seperti ketetapan berikut: Tempat: Impian Rimba, Hulu Langat Tarikh: 15–17 Oktober 2025 Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada pemimpin pelajar mengenai risiko jangkitan HIV, kaedah pencegahan, serta sokong bantu kepada rakan sebaya. Program ini turut memperkasakan peserta sebagai sumber rujukan serta ejen perubahan dalam menangani isu berkaitan kesihatan seksual, reproduktif, dan kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa. Lima Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terlibat dalam bengkel tersebut, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Penyertaan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kolaborasi serta meningkatkan tahap kesedaran kesihatan dalam komuniti kampus secara berterusan. #HEALXUiTMShahAlam #KuasaSiswaMemperkasaKesihatan

HEALX UiTM Shah Alam
HEALX UiTM Shah Alam
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 31 October 2025 13:35:02 GMT
316
1
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @healxuitmsa, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About