@areef.abdrahman: LIFE WILL NEVER BE ENOUGH. So, KNOW YOUR ENOUGH Aku tersilap tak berfikir tentang makna sebenar kejayaan hidup untuk aku. Selagi ada peluang yang muncul depan mata, sebagai manusia mesti nak cuba capai kejayaan yang baru. Perkara paling susah untuk kita buat bukanlah menetapkan 'goals' atau impian hidup. Semua orang boleh bercita-cita termasuklah anak kecil. Tapi pada aku, paling susah untuk kita buat sebagai manusia adalah, tahu apa yang kita TIDAK MAHU DALAM HIDUP. Bila kita dah tahu apa yang kita tidak mahu dalam hidup, kita akan lebih cepat sedar yang kita mahu sebenarnya adalah kebebasan. Kebebasan dari nak 'impress' orang lain. Kebebasan untuk memilih cara hidup yang kita rasa betul-betul bahagia. Bukan berdasarkan media sosial. Bukan berdasarkan kejayaan orang lain. Kita kena duduk dan betul-betul ambil masa untuk decide apakah yang kita nak capai dalam hidup dan apa yang kita tak nak dalam hidup. Barulah hidup tenang dan tidak penat mengejar yang kita sendiri tidak pasti apa yang dikejar.