@digitalums: Terima kasih kepada para pengunjung yang memeriahkan Digital@Sabah dari 12 hingga 16 November 2025. Sepanjang lima hari penganjuran, acara ini bukan sahaja dipenuhi dengan pameran inovasi digital, tetapi turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang dinanti-nantikan. Syabas kepada semua pemenang yang berjaya membawa pulang hadiah menarik! Kepada yang belum bertuah, jangan risau — teruskan menyokong program-program digital kami. Lebih banyak peluang menanti anda pada edisi akan datang! ✨ Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada transformasi digital Sabah.