Xylmuz_2425 :
Jangan pernah letak 100% harapan pada seseorang, walaupun dia adalah orang yang paling kita sayang. Sebab bila hati kita terlalu berharap, kita yang akan paling terluka.
Kita boleh berkorban, boleh beri masa, perhatian, kasih sayang dan segala yang termampu. Tapi hakikatnya, tidak semua orang akan menghargai apa yang kita lakukan. Kadang-kadang seribu kebaikan yang kita buat dilupakan, tetapi satu kesilapan kecil itulah yang sentiasa diungkit.
Yang paling perit bukan bila dia pergi, tetapi bila kita sayang dia sepenuh hati, sedangkan dia hanya menganggap kita sekadar kawan. Kita berjuang untuk memiliki, tetapi dia tidak pernah melihat kita sebagai pasangan.
Jadi untuk sesiapa yang sedang mengenali seseorang, berilah effort, berilah kasih sayang, tetapi jangan sampai kehilangan diri sendiri. Jika dia benar-benar menghargai, dia akan kekal. Jika dia memilih untuk pergi, lepaskanlah.
Kerana cinta yang sebenar bukan tentang siapa yang paling banyak berkorban, tetapi tentang siapa yang tetap memilih untuk menghargai walaupun sudah melihat segala kekurangan kita. 💔🥀
2026-06-19 17:58:38