@anaosman41: AIRASIA MULA BENARKAN KRU CABIN WANITA BERHIJAB AirAsia telah mengumumkan pembaharuan dalam polisi pakaian seragam kru kabin yang membolehkan kru wanita mempunyai pilihan untuk memakai hijab semasa bertugas. Keputusan ini disambut baik oleh Menteri Hal Ehwal Agama Na’im Mokhtar yang menyifatkan ia langkah progresif dan amat dialu-alukan demi tuntutan agama dalam kalangan pekerja Muslimah AirAsia. Langkah AirAsia ini juga membuktikan keprihatinan syarikat korporat dalam menyokong kebebasan beragama selaras dengan semangat perlembagaan negara dan nilai-nilai Malaysia Madani. Malah, ia juga tidak pernah berlaku semasa di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu dan perlu dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat lain untuk menghayati konsep Malaysia MADANI oleh PMX. #AirAsia #MalaysiaMADANI #NilaiMADANI