@news888992: Sebuah persembahan di Taman Safari Hangzhou, China, kecoh apabila seekor beruang dilihat seolah-olah menyerang penjaganya, menerusi rakaman tular yang di kongsi dalam media sosial baru-baru ini. Detik cemas itu dirakam pada 6 Disember oleh pengunjung zoo sebelum ia dimuat naik dan tersebar luas di platform Weibo. Pihak taman dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan. Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan penjaga mahupun beruang hitam Asia itu.#breakingnews #bear #Zookeeper #Hangzhou #carrot