@faizzariffin: Menjunjung kasih, Tuanku. Sesungguhnya patik amat berbesar hati dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, yang berlangsung di Istana Alam Shah. Patik turut merafak doa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, keberkatan serta kesejahteraan yang berpanjangan. Setinggi-tinggi penghargaan dan setulus terima kasih patik hulurkan atas pengurniaan Darjat Kebesaran Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S.), suatu pengiktirafan yang amat patik sanjung dan hargai. Demi tanah air Malaysia 🇲🇾 dan negeri tercinta Selangor 🟡🔴, patik akan terus melangkah dengan penuh iltizam bagi mengharumkan nama di persada dunia.