@xpose011: Stesen jana kuasa elektrik yang dicipta oleh Ulama Melayu Nusantara pernah dikejutkan dengan penemuan hebat Naufal Raziq, remaja berusia 14 tahun dari Kota Langsa, Aceh. Beliau berjaya menghasilkan tenaga elektrik dari pokok kedondong. Anak-anak yang genius begini mesti dijaga dengan baik dan dibangunkan potensi pada dirinya semaksima mungkin. Inilah yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lampau. Hasil penemuan Naufal ini berjaya menyediakan kemudahan elektrik kepada penduduk kampungnya. Penemuan Naufal ini mengingatkan saya pada seorang lagi hamba Allah di Sabah yang berjaya mencipta stesen janakuasa elektrik mini di Sabah. Abdul Hamid bin Jasmin yang merupakan seorang tukang kebun telah berjaya mencipta stesen hidroelektrik mini di Kg Libang Laut, Tambunan, Sabah pada tahun 2003. Hasil ciptaan beliau ini telah mampu menyediakan kemudahan elektrik kepada masyarakat kampungnya dan kampung sekitar. Penciptaan ini dilakukan akibat bekalan elektrik sukar sampai ke kampungnya. Pada tahun 1956, Syeikh Abu Bakar Al Baqir telah menubuhkan sebuah janakuasa elektrik di Gunung Semanggol melalui Persatuan Ihya Asy Syarif yang ditubuhkan dan dipimpin olehnya. Janakuasa elektrik ini mampu menyediakan bekalan elektrik kepada penduduk-penduduk Gunung Semanggol. Penubuhan janakuasa elektrik ini dilakukan selepas beliau bebas dari dipenjarakan Inggeris selama 4 tahun bermula tahun 1948. Penubuhan janakuasa elektrik ini dibuat bagi membuktikan bahawa orang-orang Melayu boleh maju sendiri tanpa bantuan penjajah Inggeris. Bayangkan berapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh Naufal, Tuan Abdul Hamid dab Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Mereka ini tergolong dalam hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم : احب الناس الى الله انفعهم للناس “Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain” (Riwayat Ath Thabrani) Jika mengikut sejarah kegemilangan tamadun-tamadun dunia, selalunya kreativiti yang menghasilkan inovasi itu hadir bila adanya tekanan. Namun bagi umat Islam, sama ada wujudnya tekanan atau tidak, inovasi mesti diperbanyakkan dan digiatkan seperti mana zaman kegemilangan Islam lampau bagi memenuhi hadith Rasulullah iaitu menjadi manusia yang paling dicintai Allah kerana memberi manfaat pada manusia yang lain

XPOSE RADIKAL
XPOSE RADIKAL
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 19 December 2025 02:03:10 GMT
23767
1278
41
329

Music

Download

Comments

user1131731921837
hisam :
Seorang lagi Zulkifli atau tuan punye ZulDesign bnyk keluarkn jentera2/ mesin berinovasi.....tapi mungkin kurang sokongan dr pihak Industri ciptaannya kurang mendapat pasaran yg meluas
2025-12-25 03:50:19
28
has47013
Has :
sbb tu umat melayu Islam kena meneroka bidang sains teknologi sbb dlm Quran pun byk terdpt ayat2 berunsur sains teknologi dan pelbagai mineral2 diturunkan oleh Allah taala dikepulauan bani melayu..para2 ulamak seharusnya menjadi penggerak..peransang..krn tradisi melayu..biasanya lebih mendengar cakap ulamak drpd ulul amri..jadi berperanan wahai para ulamak utk mengembalikan zaman kegemilangan islam Andalusia
2025-12-20 14:38:22
17
abd.rahman4232
Abd Rahman :
marilah kita kembali menghayati islam dgn sebenarnya
2025-12-21 03:39:05
9
mr.sk_sayyidasyiqin21
ᴹᴿ ꜱ.ᴋ.²¹ :
2026-03-18 18:52:39
0
puanlj1
BondaLJ :
Fakta yang tidak diwar-warkan dihujung usia wujudnya platfom medsos , barulah byk info bermanafaat disebarkan masyaAllah moga inovators jannahtulfirdaus utk mu semua, hidup mereka penuh bermanafaat utk manusia
2026-01-19 09:28:22
3
fadil7742
Fadil68 :
salam satu kalimah syahadah kpd seluruh makhluk Allah SwT yg berpegang kpd iman islam ehsan..allahu akbar
2025-12-20 03:23:04
2
zaiyahsulaiman
zaiyah64 :
sekrg niAceh mesti berusaha bagaimana menjana letrik dari motor kereta2 yg terdampar. semuga lahir pencipta baru utk manafaat Aceh raya..
2025-12-30 04:00:45
1
s.azian5
Saidatul Azian :
Tukar la setting, supaya bole repost. Ramai boleh baca
2026-01-30 17:21:29
1
isma73382
Isma73 :
menghasilkan elektrik Dari pokok nih boleh dimajukan lagi ....dah lama terfikir....sebab pokoklah Sumner tenaga untuk manusia sejak zaman dulu lagi
2026-01-29 02:23:34
0
shariff.mahzan
Aziz @ shariff :
2026-01-25 04:26:17
0
pakmeedpuu1
pakmeedpuu :
good info kebangkitan melayu
2025-12-20 05:34:25
0
nizam7569
nizam :
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
2025-12-27 09:43:28
0
har..islam
Har. Islam :
MasyaAllah Tabarakallah
2025-12-19 11:39:26
0
nizdomhassim11
Nizdom Hassim :
MasyaAllah 👍👍
2025-12-19 11:34:21
1
sykyduoddpdl
what country is this? :
Subhanallah
2025-12-19 07:52:44
0
hishamrazak3
HISHAM RAZAK 3 :
Mereka mencipta elektrik yang perlu dibeli
2026-01-20 14:11:26
0
user82422551076605
zawi :
👍👍👍😭😭😭
2025-12-19 02:58:14
0
rubylle6
pearlrose :
@MOZAG ∞
2025-12-23 14:42:30
0
khalidamat_
khalidamat_ :
👍👍👍👍👍👍
2026-02-16 11:18:18
0
ramlee.nayan
RAMLEE NAYAN :
🥰
2025-12-19 08:34:30
0
hairidin201
hairidin201 :
😳😳😳
2026-01-26 04:39:51
0
user43181384522463
user4318138452246 ROSLI Ganu :
😁😁😁
2025-12-20 07:55:42
0
hasnahawang10
hasnah.. :
😁😁😁
2026-01-24 14:34:57
0
azmi.yusof8
YopMie :
❤️❤️❤️
2025-12-19 10:07:09
0
bng.mad47
hayat adam :
gunung semanggol...
2025-12-19 06:10:48
5
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About