💖wafiq💖 💖🇵🇸💖 :
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestine daripada kezaliman musuh. Kuatkanlah iman mereka, teguhkanlah hati mereka, lapangkanlah dada mereka dengan cahaya-Mu. Lindungilah anak-anak kecil mereka, kasihanilah para wanita mereka, berilah kekuatan kepada para lelaki mereka, rahmatilah orang-orang tua mereka. Sembuhkanlah yang terluka, ringankanlah penderitaan mereka, jauhkanlah mereka daripada segala keburukan.
Ya Allah, angkatlah kedudukan para syuhada’ mereka di sisi-Mu, masukkanlah mereka ke dalam syurga tanpa hisab, jadikanlah pengorbanan mereka sebagai bukti cinta kepada agama-Mu. Hancurkanlah kekuatan musuh yang zalim, gagalkanlah rancangan jahat mereka, tunjukkanlah kepada dunia bahawa kebenaran pasti menang. Satukanlah hati umat Islam seluruh dunia untuk membantu Palestine, jauhkanlah kami daripada perpecahan dan kelemahan.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa seluruh umat Islam. Terimalah doa ini sebagai tanda cinta dan sokongan kami kepada saudara-saudara kami di Palestine
Ya Allah, berilah kemenangan kepada Palestine. Ya Allah, selamatkanlah umat Islam. Ya Allah, berilah kemenangan kepada kebenaran. amiin🤲❤
2025-12-30 15:26:06