@apakesdina: ADUN WARISAN GIGIL LAGI ADUN sepatutnya jadi suara rakyat, bukan ujian kesabaran pendengar. Bila Bahasa Melayu tak lancar dan Bahasa Inggeris pun tersangkut-sangkut, mesej yang sampai cuma satu iaitu rakyat kena buat kerja lebih untuk mentafsir apa yang cuba disampaikan wakil sendiri. Sidang rasmi bukan pentas latihan bercakap atau sesi “cuba dulu, salah tak apa”. Di situlah dasar dibahas, masalah rakyat diperjuang. Kalau ayat pun gagal disusun, hujah pun kabur, maka yang tinggal cuma gerak tangan dan diam yang panjang. Jawatan ADUN datang dengan tanggungjawab besar termasuk keupayaan berkomunikasi dengan jelas dan yakin. Kalau bercakap pun gagal, jangan salahkan bila rakyat mula membuat pilihan yang lain. #AdunKaramunting #SabahMemilih #Warisan #Gagal