@inspirasi_rj: "Mimpi Ngeri Sultan & Misi Gila Curi Jasad Nabi. Ini Punca Kenapa Makam Rasulullah Dipagar Dengan Tembok Plumbum Cair." Kita semua tahu jasad para Nabi tidak akan dimakan tanah. Tapi, pernah tak korang terfikir, kenapa jasad Rasulullah SAW sangat selamat walaupun dah 1,400 tahun wafat? Rupa-rupanya, Allah bukan saja pelihara jasad Baginda secara mukjizat, tapi Allah juga gerakkan asbab melalui tangan manusia. Kisah ni berlaku pada tahun 557 Hijrah. Masa tu, Sultan Nuruddin Mahmud Zengi (pemerintah wilayah Syam) sedang tidur nyenyak. Tiba-tiba baginda terjaga dalam keadaan berpeluh dan menggigil. Baginda bermimpi melihat Rasulullah SAW. Dalam mimpi tu, Nabi tunjuk ke arah dua orang lelaki berwajah kemerahan (ashqarain) sambil bersabda: "Wahai Mahmud, selamatkan aku daripada dua orang ini!" Sultan Nuruddin istighfar, ambil wuduk, dan sambung tidur. Tapi mimpi tu datang lagi. Kali kedua. Kali ketiga! Malam tu juga baginda panggil penasihat baginda, Jamaluddin al-Isfahani. Sultan kata: "Aku tak boleh duduk diam. Ada benda buruk sedang berlaku di Madinah." Tanpa buang masa, Sultan Nuruddin bawa pasukan tentera, kuda-kuda terpantas dan harta yang banyak, terus memecut ke Madinah Al-Munawwarah. Perjalanan yang biasanya ambil masa sebulan, mereka pecut sampai dalam masa 16 hari je. Sampai di Madinah, Sultan tak terus serbu. Baginda guna taktik halus. Baginda umumkan nak bagi sedekah kepada SEMUA penduduk Madinah. Setiap penduduk wajib datang ambil duit sendiri, tak boleh wakil. Sambil bagi duit, mata Sultan tajam memerhati wajah setiap lelaki. Baginda cari dua wajah yang Nabi tunjuk dalam mimpi tu. Beribu orang datang, tapi sorang pun tak sama. Sultan tanya Gabenor Madinah: "Ada lagi tak orang yang belum datang?" Orang kampung jawab: "Tak ada dah Tuanku. Cuma ada dua orang lelaki musafir dari Maghribi (Andalusia). Tapi mereka ni orang alim, soleh, kaya dan suka bersedekah. Hati Sultan berdebar. "Panggil mereka!" Bila dua lelaki "alim" tu sampai depan Sultan, Sultan Nuruddin terkejut. Wajah mereka sebiji macam dalam mimpi! Sultan tanya: "Siapa kamu dan dari mana?" Mereka jawab dengan tenang: "Kami jemaah haji dari Maghribi, nak duduk berjiran dengan Nabi." Sultan Nuruddin tak percaya lakonan "warak" mereka. Baginda sendiri pergi serbu rumah sewa mereka. Rumah tu dekat sgt dgn Masjid Nabawi (berhampiran Raudah). Bila geledah, tak jumpa apa-apa pelik. Tapi, Sultan Nuruddin perasan ada satu tikar yang hamparannya nampak pelik. Bila baginda selak tikar tu... Allahuakbar! Ada satu lubang terowong yang sangat dalam! Rupa-rupanya, setiap malam, dua orang "alim" ni akan menggali tanah menuju ke arah Makam Rasulullah SAW. Mereka mengaku mereka sebenarnya adalah Tentera Salib (Kristian) yang disuruh oleh Raja Eropah untuk curi jasad Nabi dan bawa balik ke Eropah. Tujuannya? Supaya umat Islam hilang semangat dan kiblat hati mereka. Sikit lagi... sikit lagi terowong tu nak sampai ke jasad Baginda. Tapi Allah Maha Pelindung. Allah hantar mimpi kepada Sultan Nuruddin untuk "potong line" mereka. Dua penjahat tu dihukum pancung serta-merta di Madinah. Tapi Sultan Nuruddin tak puas hati setakat tu. Baginda takut benda ni jadi lagi. Maka baginda arahkan jurutera gali parit di sekeliling makam Rasulullah sampai jumpa air tanah. Kemudian, baginda arahkan askar cairkan PLUMBUM (LEAD) dan tuang ke dalam parit tu. Maka terbentuklah satu tembok besi padu di bawah tanah yang memagari jasad Rasulullah SAW dari segenap penjuru. Itulah tembok yang ada sampai hari ni. Allah SWT dah berjanji akan memelihara Nabi-Nya. Walaupun musuh guna taktik paling licik, menyamar jadi orang alim, gali tanah waktu orang tidur, Allah tetap akan dedahkan kejahatan mereka. Kita mungkin tak mampu jaga Nabi masa hayat Baginda, tapi menjadi tanggungjawab kita untuk jaga Sunnah dan maruah Baginda hari ini drpd "pencuri-pencuri" moden yang cuba memesongkan ajaran Islam. MasyaAllah, beruntunglah Sultan Nuruddin Zengi yang dipilih Allah utk menjadi 'pengawal peribadi' Rasulullah SAW walaupun beratus tahun selps kewafatan Baginda. #tiktok
INSPIRASI ROS⚘️
Region: MY
Thursday 25 December 2025 14:56:01 GMT
4210461
291805
2356
20044
Music
Download
Comments
Abasyah :
sedih sgt🥺😭..mampu kah saya berjumpa rasulullah nanti🥺
2025-12-25 23:03:36
3879
ikiyediidruz76 :
Ya Allah pelihara makam Nabi Muhammad saw drp tngan2 jahat.. Jadikan kmi golongan & mndpat syafaat drp Nabi Muhammad saw di akhirat kelak.. Aamin3x Ya Rabbal Aalamiin
2025-12-26 03:05:29
1213
johnmantin :
1400 tahun dh brlalu aku prcaya jasad rasululah ttp sempurna hingga ke ari ni..manusia yg luar biasa...sehingga pokok2 dan binatang tunduk kpd rasululah
2025-12-26 00:56:26
1883
W@w@ :
dlm byk2 video yg ade lagu sambil tulis kisah2 nie xtahu kenape dpt bace sambil menghayati zikir nie,yg lain byk tutup bunyi sebab xdpt nak membace,lagu meraban2 je dieorg letak.. meremang bulu rome sebab byk lagi xkenal kesah2 dan mengorbankan Nabi Muhammad SAW..
2026-01-15 00:45:23
391
ARMN :
post lagi kisah². sound background pls jangan tukar 🫰
2025-12-25 16:33:51
838
m🌕🌕n :
Ya Allah jadikanlah kami jiran Nabi Muhammad SAW dalam Syurga FirdausMu🤲🤲🤲😭aaamiiinnn..
2025-12-25 22:59:39
187
Shafiqx._ :
Allahuakbar..saya baru tau kisah ni
2025-12-25 15:07:49
146
🇲🇾Nuraira🇵🇸 :
❤Allahumma sholli ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad ❤
2026-01-19 12:36:36
8
tytaa :
allahumma jd kan aku segera bs menziarahi i makan baginda nabi muhammad.
2026-02-01 06:10:08
20
herawatibakarudin :
sedih saya dengar cerita ini masaAllah..
2026-01-13 10:53:14
68
niesa2505 :
Allahumma sholli ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad ❤
2026-02-01 02:47:23
17
azimhusnizainal :
banjir besar di madinah haritu smpi jumpa jasad saiyidina hamzah r.a masih smpurna dan wangi😊🥰, marila kita berselawat ke atas nabi
2025-12-26 03:08:19
60
matpit :
beruntung yang nabi pernah hadir dalam mimpi...
2025-12-25 23:54:02
42
RZL88 :
apakah wktu zaman itu sudah ada telpon,
2026-01-17 22:45:04
31
Asep Putra Tjipakoe :
Ya Allah pelihara makam Nabi Muhammad saw drp tngan2 jahat.. Jadikan kmi golongan & mndpat syafaat drp Nabi Muhammad saw di akhirat kelak.. Aamin3x Ya Rabbal Aalamiin
2026-01-17 01:00:27
15
janiussajo888 :
@.:Allahumma Shalli Ala Saydina Muhammad Wa'ala Ali Saydina Muhammad🤲🤲🤲
2026-01-30 11:56:27
7
🎧Penikmat_Musik🎧 :
ALLAHUMMA SHOLLALLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD🤲🏻
2026-01-24 04:30:14
8
A Tama :
baru kali ini ada perdebatan tentang tulisan dicaption dibeberapa hp orang ada memanggil ad juga menelpon dan sampai jdi perdebatan😁
2026-01-15 09:13:15
16
EL RISS :
Allahu menangis aku baca 😢😭 hebat Ya Allah !!
2025-12-26 15:12:50
49
Nia_IZzara🤲🏻🇵🇸 :
Allahumma solli ‘ala muhammad🥲
2025-12-28 15:00:09
5
Kuman :
Peristiwa ini ada dalam filem Arspaslan dimana sultan nuruddin zenggi bapa angkat kpd arspaslan ke madinah utk memyelamatkan jasad Rasulullah dari di cerobohi.
2025-12-27 01:48:08
1426
Shamsinar61 :
aku x tau knpe dn mengapa aku ttibe menanggis btul2 saat aku mbca msj ini.😭😭😭😭😭aku x fhm prasaan aku sndri saat ini..yg psti aku trlalu sdih dn brsyukur srta ada satu rsa yg aku sndri x mpu nk ucp kan...😭😭😭😭 btpa bsr nya kuasa mu Ya Allah pd makhluk yg Kau cipta kn.smua mengikut khndk dn izin Mu jua jika itu yg Kau Kehendaki brlaku.
2025-12-26 00:43:41
62
Jamalthevoice :
Sultan Nuruddin Zengi 👍👍🥰🥰
2026-01-01 01:25:29
617
imah :
sultan nuruddin zengi👍👍
allahumma sholli ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad🤲🤲🤲
2026-01-08 12:39:54
82
To see more videos from user @inspirasi_rj, please go to the Tikwm
homepage.