@hunhxuncung5446: mosquito killer lamp##mosquito #ledlamp #mosquitokiller #fly #fyp

huyioA SHOP
huyioA SHOP
Open In TikTok:
Region: PH
Saturday 10 January 2026 10:09:37 GMT
7094
18
0
11

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @hunhxuncung5446, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Rupanya gajah yang kita selalu nampak berkeliaran di jalanan itu ada namanya. Sulong Chalil namanya.  Ada org kampong yang kenal dengan Sulong dan kisah dari mula ia dipindahkan ke Gerik.  Sulong, gajah jantan yang sebelum ini dipindahkan dari kawasan Gua Musang, dilepaskan jauh di hutan Gerik. Tetapi apa yang berlaku selepas itu sangat menarik untuk kita fikirkan. Gajah ini mengajar kita betapa kuatnya memori mereka. Gajah bukan sekadar haiwan yang besar dan kuat. Mereka mempunyai ingatan yang luar biasa. Mereka mampu mengingati laluan, kawasan, sumber makanan dan tempat yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Walaupun sudah dihantar jauh, Sulong tetap cuba mencari jalan untuk kembali. Dia sebenarnya sedang berjalan pulang ke kawasan asalnya di Gua Musang. Walaupon kakinya luka, ia tetap melangkah demi langkah agar dapat bersama dengan kawanannya semula. Ini mengingatkan kita bahawa apabila kita memindahkan hidupan liar, kita bukan sekadar memindahkan seekor haiwan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kita sedang membawa keluar seekor makhluk daripada habitat, laluan dan dunia yang sudah dikenalinya. Dan dalam proses pemindahan, pengendalian mesti dibuat dengan penuh berhati-hati. Ya, mengendalikan gajah jantan bukan perkara mudah. Saiz dan kekuatannya memang luar biasa. Ikatan yang kuat mungkin diperlukan untuk keselamatan manusia dan haiwan ketika proses tertentu dijalankan tetapi ikatan yang terlalu ketat dan dibiarkan terlalu lama boleh menyebabkan kecederaan. Gajah jantan sangat kuat. Apabila dia cuba melepaskan diri atau bergerak, tekanan pada bahagian kaki yang diikat boleh menjadi sangat besar sehingga menyebabkan luka. Jadi apabila kita nampak seekor gajah cedera selepas dipindahkan, jangan hanya melihatnya sebagai luka biasa. Tanya juga apa yang berlaku sebelum itu. Bagaimana ia ditangkap? Bagaimana ia diikat? Berapa lama ia diikat? Bagaimana keadaan ikatan dipantau? Dan apakah prosedur kebajikan haiwan yang digunakan sepanjang proses pemindahan? Sulong bukan sekadar seekor gajah yang merayau. Dia mungkin sedang cuba untuk pulang. Dan di sinilah saya terfikir. Kalau seekor gajah yang dipindahkan dalam negara pun masih mampu mengingati jalan pulang ke tanah asalnya, bayangkan pula perasaan gajah-gajah kita yang dihantar beribu-ribu batu jauh ke negara lain.  Mereka tidak mempunyai suara atau daya untuk bertanya bila mereka akan pulang. Tidak mempunyai suara untuk memberitahu kita bahawa mereka rindukan tempat asal. Tidak mempunyai pilihan untuk membeli tiket dan pulang sendiri. Mereka hanya mampu menunggu. Menunggu kita. Menunggu manusia yang mempunyai kuasa, kemampuan dan belas ihsan untuk membawa mereka kembali ke tanah asal. Sebab itu marilah kita terus bersuara. Bukan kerana kita mahu bermusuh dengan sesiapa tetapi kerana kita percaya hidupan liar kita juga mempunyai hak untuk mendapat pertimbangan kebajikan dan kehidupan yang terbaik. Kalau kita benar-benar sayangkan mereka, bantulah mereka kembali.Dan saya masih berharap… ada insan yang berkuasa, berharta dan berhati besar yang sudi tampil membantu. Kadang-kadang, untuk menyelamatkan seekor gajah, kita perlukan lebih daripada sekadar suara. Kita perlukan seseorang yang mempunyai kemampuan untuk membuka jalan pulang. Semoga suatu hari nanti, gajah-gajah kita dapat kembali menjejak tanah asal mereka. Saya juga berharap Sulong Chali berjaya sampai ke destinasinya. Biarkanlah ia berada ditempat yang sepatutnya ia berada. Macam kita juga kalau boleh biarlah kita mati di tempat kita sendiri dan bersama kaum keluarga kita 😭 Sumber fb Norwaliza Wahab  #SulongChalil #Gajah #GajahMalaysia #HidupanLiar #KebajikanHaiwan

About