@mymaybank: Scammer sering menyamar sebagai ejen bank dan menghubungi mangsa melalui WhatsApp dengan tawaran pinjaman kereta cepat. Jangan mudah percaya jika diminta deposit, bayaran pendahuluan, atau maklumat perbankan peribadi. Jika anda disyaki ditipu, hubungi Talian Khusus Penipuan Maybank 03-5891 4744 atau Pusat Respons Penipuan Kebangsaan 997, buat laporan polis. Layari www.JanganKenaScam.com untuk tip lanjut. #JanganKenaScam #BahasaIsyaratMalaysia