@nk360_: SEREMBAN – Datuk Alzafny Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan berkata pelaksanaan eksesais keselamatan hari ini berjalan dengan lancar hasil persiapan rapi serta kerjasama erat antara semua pasukan dan agensi terlibat. “Kerangka kerja eksesais ini dibangunkan berasaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Majlis Keselamatan Negara 2021 (MKM21) bagi memastikan operasi dan latihan dijalankan secara sistematik dan berkesan”katanya. Tambah beliau, kolaborasi antara semua pasukan dan agensi menunjukkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi khususnya kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sokongan daripada agensi lain. “Apabila sesuatu kejadian berlaku, perkara paling penting ialah komunikasi dan respons pantas daripada semua agensi terlibat. Eksesais ini jelas menunjukkan tahap kolaborasi dan integrasi yang baik,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan. Menurut beliau, setiap agensi mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri dan melalui eksesais ini satu gerak kerja bersepadu dapat diwujudkan bagi menangani sebarang krisis dengan lebih berkesan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sokongan penuh khususnya daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan yang membolehkan eksesais ini dilaksanakan dengan jayanya. “Satu sesi penilaian pasca-eksesais akan dijalankan bagi mengenal pasti sebarang kelemahan untuk tujuan penambahbaikan sebagai persediaan sekiranya krisis sebenar berlaku pada masa hadapan”katanya. Eksesais berkenaan juga mempamerkan penggunaan teknologi moden oleh pihak berkuasa, termasuk dron yang berkeupayaan melepaskan gas pemedih mata serta membuat pengumuman kepada orang awam untuk tujuan kawalan dan keselamatan.

Negerikita360
Negerikita360
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 24 January 2026 15:04:32 GMT
4142
50
1
2

Music

Download

Comments

kitapengyu22
ACHONG :
✌✌✌
2026-01-25 04:01:08
0
To see more videos from user @nk360_, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About