@onnhafiz: Syukur Alhamdulillah, pelaburan EcoCeres Renewable Fuels di Tanjung Langsat telah mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan bergaji premium dan berkualiti tinggi, dengan 185 daripadanya diisi oleh anak-anak Johor. Peluang pekerjaan di sini menawarkan julat gaji premium sekitar RM3,000 hingga RM15,000, selari dengan tahap kepakaran, kemahiran teknikal serta teknologi operasi berintensif tinggi yang digunakan. Saya berkesempatan mengadakan lawatan ke EcoCeres Renewable Fuels di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, sebuah syarikat global dalam pengeluaran bahan api mampan dan rendah karbon, termasuk Sustainable Aviation Fuel (SAF) yang menyokong agenda peralihan tenaga dan kelestarian global. Kehadiran EcoCeres di Johor membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap keupayaan negeri ini sebagai hab industri hijau dan peralihan tenaga di Asia Tenggara. Kini, syarikat ini telah memasuki fasa operasi dan memulakan penghantaran bahan api mampan ke pasaran antarabangsa, sekali gus meletakkan Johor dalam rantaian bekalan global bahan api masa hadapan. Dalam masa yang sama, sebagai manifestasi komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat, EcoCeres turut menyalurkan sumbangan dan perkongsian strategik bagi pembangunan pendidikan Johor kepada Tabung Kebajikan & Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Inisiatif ini bertujuan menyokong pembangunan kemahiran serta latihan berterusan bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang lebih berdaya saing dan berkemahiran tinggi. Berteraskan pendekatan ini, Johor akan terus memposisikan diri sebagai destinasi pelaburan pilihan serta hab teknologi dan industri bernilai tinggi di peringkat serantau. Semoga setiap usaha yang digerakkan ini memberi limpahan manfaat ekonomi secara langsung kepada rakyat Johor, seterusnya merealisasikan hasrat Johor menjadi negeri maju menjelang 2030. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JSSEZ #JTDC #IMFCJ
Onn Hafiz
Region: MY
Sunday 25 January 2026 12:37:43 GMT
Music
Download
Comments
Cempaka 🍯 :
pastikan dahulukan anak johor….. kat pengerang lebih ramai anak luar dr bangsa johor….reality bukan fitnah…..cuba dato jengah2 sikit….
2026-01-26 23:08:06
31
My MBJ19 ♥️💙 :
Wow sampai 15K gaji. Betul punya gaji premium. Tapi mesti kerja & skills pun power tu
2026-01-25 15:39:44
52
liyana :
keep it up! Lets bring back local talent from SG, Johor dah offer macam2 dah
2026-01-25 15:21:53
23
Handsome Boy :
if port Tanjung pelepas gv good salary. I believe alot Malaysian also will go back JB work.😂
2026-01-25 22:50:22
6
Pejuangan Hidup :
ecoceres nie xsmpai setahun dah siap ...projek lain ambil masa 15 tahun 🫣
2026-01-26 02:44:40
14
💤 :
Mantappp, company2 yang baru masuk ni betul2 bawa manfaat utk rakyatt
2026-01-25 15:42:43
5
dyana :
mcm mane nk apply
2026-02-01 05:57:54
2
rohayayah4 :
sape ank Johor mohon skg
2026-02-05 04:27:24
2
roslimmiskon :
Maju johor
2026-02-25 10:46:24
3
YB Bahar :
Johor boleh. Johor Maju
2026-01-25 22:56:51
13
Jack El892 :
. Ada kerja kosong -
2026-01-26 16:20:33
2
rohanabasrin :
💖💕Respect Menteri Besar Johor &Anak Johor💕💖
2026-02-05 14:56:44
3
HanaChenta :
moga semakin maju johorku....🤲
2026-02-06 01:22:11
2
HELMI GIMMICK :
Good info yb
2026-01-25 20:35:30
3
Bonda June6 :
oil n gas blh ke mohon keje situ aek?
2026-02-14 06:27:11
2
Qistina :
Dulu Pasir Gudang orang kenal kilang je, sekarang bahan api hijau pulak 😆 Bangga tengok Johor masuk liga global. SAF ni bukan setakat jimat karbon, tapi jimat masa depan anak cucu kita 👍🌱✈️
2026-01-26 01:08:05
9
Asma Zarah :
ALHAMDULLILLAH
SEMUGA JOHOR LEBIH CEMERLANG D MASA AKAN DATANG
RESPECT MY MB N ANAK JOHOR👍👍👍👍👍
2026-01-25 19:45:12
7
azazahsuleiman :
alhamdulillah
2026-03-05 23:03:08
2
AstraVitaBond :
Amazing JDT
2026-01-25 22:00:47
3
Luqman Sufyan Junaidi :
Johor terus menjadi destinasi pelabur
2026-02-04 04:27:25
2
nurulhudamokhsin :
Semoga adik saya dapat kerja dekat sini.. degree mekanikal
2026-02-05 12:38:27
2
Nekara Mulya :
Semoga mudah urusan semua
2026-02-13 08:23:25
2
Adam Aman :
Mandarin speaking only utk management
2026-02-06 05:09:45
2
shahriahomar :
tiada masa utk releks
sampai masa rakyat kg melayu bgn
kami mahu kg melayu jd hak milik kekal
2026-01-31 17:32:16
2
Rizal Mohd ali :
johor boleh johor maju
2026-02-26 09:14:03
3
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm
homepage.