@anaosman41: DARJAH SATU BERMULA 6 TAHUN ADALAH PILIHAN BUKAN PAKSAAN Keputusan kerajaan melalui KPM melaksanakan pendidikan awal Darjah 1 bermula 6 tahun adalah satu pilihan bukan paksaan. Jika ibu bapa yang mahu masukkan anak mereka berusia 6 tahun ke Darjah 1 perlu melalui ujian diagnostik dahulu untuk layak. Jika tidak mahu, ibu bapa boleh menghantar anak mereka pada umur 7 tahun seperti biasa. Malah, KPM juga akan memastikan masalah penempatan pelajar seperti kelas dan bilangan guru dapat diselesaikan sebelum sesi persekolah bermula tahun hadapan. #KPM #Darjah1 #MalaysiaMADANI