@zamanislamfans: Assalamualaikum..💕 Masihkah ingat pada 3 Ogos 1996, negara pernah dilanda gangguan elektrik terbesar dalam sejarah Malaysia? Dalam kegelitaan yang melanda, masih bergema dan beralun lagu-lagu Slam yang dinyanyikan bersama-sama peminat yang kekal tega di tempat duduk masing-masing di Stadium Negara bagi menunjukkan tanda setia mereka pada kumpulan kesayangan mereka- Slam. Kami hargai itu dan masih segar dalam ingatan. Peristiwa itu bakal berulang lagi… bukan kegelapan tetapi perasaan nostalgia tersebut bersama Slam dalam sebuah konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi…. Sebuah nostalgia yang cukup cerah….. The Grand Slam Unplugged 2…. Sebuah reminisensi perasaan, kenangan , lagu-lagu dan gabungan bersama Slam. Ibarat sekuel untuk konsert yang lalu…. Slam bawakan sambungan kepada segala kenangan dan perasaan itu… Nantikan pengumumannya tidak lama lagi…. Ku rasa kembali kehangatannya! -zamani slam- #zamanislam #satujalansatupeganggan #nostalgia #slam