@daengchelak: "Alah, letak depan senang sikit nak tengok anak kalau dia menangis..." Mama, Papa... Min faham perasaan risau bila anak menangis kat belakang masa kita tengah memandu. Tapi, tahukah anda? Niat "nak senang tengok anak" itu boleh bertukar jadi tragedi dalam sekelip mata. Kenapa tak bokeh letak car seat di tempat duduk depan? • ⚠️ Bahaya Airbag (Beg Udara) Airbag direka untuk menahan impak orang dewasa, bukan bayi.Ia meletup dengan kuasa yang sangat kuat! Kalau car seat ada di depan, impak airbag boleh patahkan leher bayi, sebabkan kecederaan otak, atau lebih buruk kematian serta-merta. • 🛡️ Belakang adalah 'Buffer Zone' Kebanyakan kemalangan melibatkan impak dari depan. Duduk di belakang memberikan ruang perlindungan (buffer) yang lebih luas daripada hentakan terus. • 👶 Anatomi Anak Belum Kuat Kepala bayi lebih berat berbanding badan, manakala otot leher mereka masih lembut. Hentakan sekecil mana pun di depan boleh jadi fatal buat mereka. • 📊 Data Tak Pernah Tipu Kajian keselamatan jalan raya dunia konsisten membuktikan risiko kematian kanak-kanak jauh lebih rendah apabila mereka duduk di kerusi belakang. Kesimpulan: • ❌ Depan: Risiko Airbag + Impak Tinggi. • ✅ Belakang: Perlindungan Maksimum. Pasang car seat itu sudah bagus, tapi pastikan ia dipasang di tempat yang betul. Biarlah dia menangis di belakang sebentar, asalkan dia selamat untuk terus menangis di rumah nanti.

DaengChelak
DaengChelak
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 29 January 2026 04:46:52 GMT
1473
15
1
18

Music

Download

Comments

mimihasnah
norshamimi rudin :
@Daoz
2026-03-30 16:53:34
0
To see more videos from user @daengchelak, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About