layyxora :
Untuk lelaki yg tgh baca ni, harap kuat sampai akhir 💞
Tidak ada yang salah dengan air mata yang awak sembunyikan saat sendirian. Menangis bukan tanda kelemahan, tetapi bukti bahawa hatimu masih hidup, masih mampu merasa, masih mampu peduli. Awak bertanya apakah "aku layak untuk bahagia?" (jawapannya iya, tanpa syarat). Bahkan dengan segala luka, bahkan dengan hati yang mudah retak, awak tetap layak merasakan bahagia yang tulus.
Menjadi seseorang yang mudah terluka bukanlah kekurangan. Itu bererti awak memiliki hati yang peka, yang jujur terhadap perasaan sendiri. Dunia mungkin sering terasa terlalu keras untuk awak, dan hal-hal kecil kadang terasa begitu menyakitkan, tapi itu bukan kerana awak lemah, itu kerana awak terlalu lama kuat tanpa bersuara. Percayalah, air mata di hujung perasaan awak bukan akhir dari segalanya. Ia adalah cara jiwa awak bernafas, cara hati awak bertahan. Awak tidak perlu menjadi kebal untuk dianggap kuat. Bertahan walau dengan hati yang remuk pun sudah cukup membuktikan betapa hebatnya diri awak. Suatu hari nanti, awak akan belajar bahawa bahagia tidak selalu datang tanpa luka, tetapi ia akan datang bersama penerimaan. Teruslah hidup, teruslah melangkah perlahan, dan izinkan diri awak merasa. Kerana lelaki dengan hati yang pernah hancur, suatu hari akan tahu cara menghargai bahagia dengan lebih dalam.
2026-01-31 03:35:52