@ayuhsepanggar: Pagi ini berkesempatan untuk menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Buka Mata Naga dan Singa bagi peringkat Parlimen Sepanggar yang diadakan di Pekan Menggatal. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Program Buka Mata Naga dan Singa ini dianjurkan di Parlimen Sepanggar, dengan penglibatan pelbagai persatuan serta komuniti setempat. Selain memelihara warisan budaya masyarakat Tionghoa, program seperti ini juga merupakan simbol perpaduan serta keharmonian yang telah lama terjalin dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sepanggar. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya para penganjur, persatuan-persatuan Cina di Sepanggar serta para sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar. Semoga sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini membawa kesejahteraan kepada semua yang meraikannya. Selamat Tahun Baharu Cina. #DemiSepanggar