@xpose011: F TEAM DILATIH OLEH UTK Pada penghujung tahun 70an, Unit TindaKhas telah diberi amanah untuk melatih Unit elit yang lebih senior iaitu Pasukan F dengan kemahiran pertempuran jarak dekat.F Team adalah satu unit elit dalam Cawangan Khas yang penuh rahsia. Kemudian pada awal tahun 80an dalam pemilihan pengambilan anggota baru Pasukan F, UTK sekali lagi dipanggil untuk membantu dalam sesi pemilihan anggota yang berkelayakan. Dalam sesi pemilihan anggota baru tersebut telah hadir seramai 30 orang calon dan hanya 12 orang sahaja yang terpilih untuk menyertai latihan asas Pasukan F. UTK telah melatih anggota pasukan F dalam kemahiran tembak taktikal,tembak dan serang hendap dari kenderaan iaitu dari motosikal atau kereta dalam keadaan statik dan bergerak. Pertempuran jarak dekat CQB dalam banggunan paling diberi tumpuan.Selain dari itu dalam waktu yang lain pula latihan sebagai sniper juga turut diberikan kepada anggota Pasukan F. Jurulatih dari UTK yang terlibat adalah Sjn Mashkor Muradi, Kpl Mohd Noor dan Kpl Yunos. Berkat latihan kemahiran CQB yang diberikan dan dijalankan secara berterusan menjadikan anggota-anggota Pasukan F sangat mahir dan penuh keyakinan. Salah satu kejayaan besar Pasukan F yang melibatkan pertempuran jarak dekat dalam banggunan adalah kejayaan menembak mati empat Pengganas Komunis termasuk ketuanya dalam rumah ladang di Ladang kepong Meh Mentakab pada tahun 1986 dalam Ops Kelisa. Latihan CQB yang dijalani membentuk kepantasan dan boleh membuat keputusan dengan pantas berkaitan situasi semasa pertempuran sama ada memberi ancaman atau tidak. Itulah yang berlaku dalam pertempuran tersebut di mana ketua Pengganas Komunis terpaksa ditembak mati apabila cuba mencapai bom tangan yang digantung di dadanya. Hubungan yang erat antara Pasukan F dan UTK tidak hanya setakat dalam latihan sahaja.Dalam operasi yang melibatkan pergerakan dibandar samaada melibatkan pengganas Komunis atau kes jenayah berat, UTK sering dilibatkan untuk membantu Pasukan F dan Cawangan Khas (Selepas F Team dibubarkan) melaksanakan tindakan akhir ke atas pengganas dan penjenayah. Selepas bersara juga veteran Pasukan F dan Veteran UTK ini masih mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka selaku bekas pejuang keamanan yang pernah berjuang bersama-sama satu ketika dulu.

XPOSE RADIKAL
XPOSE RADIKAL
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 16 February 2026 05:55:00 GMT
23766
755
25
43

Music

Download

Comments

ruslikonah
Rusli Konah :
Ada sedikit falta yang berbeza pemilihan anggota baru dibuat oleh Team Tuan Keny sendiri mengikut keperluan dan kesesuaian F Team Latihan memang kami banyak dilatih oleh UTK dan Vat 69
2026-02-17 02:14:07
22
warisan_tic
Azrin_87 :
knp dibubarkn..?
2026-02-19 14:07:18
1
nawawiawi90
nawawiawi90 :
terbaek team secret service pdrm...
2026-02-16 15:17:10
6
longtiger_2022
My Cat LongTiger_2022 :
apa pun zaman saya dah byk berubah... tidak ramai yg setia...zaman sb dulu setia dan di geruni bila tau ada sb sebelah.... zaman skrg tidak mcm dulu..sejak isa d mansuhkn dan di pertikaikn tgkpn sb...malah ada yg d khianati oleh sahabat sendiri. mohon F team d wujudkn semula ...
2026-03-21 22:49:57
3
chefbriman65
hjmat lungguk@kangkong :
Berbunyi tetapi tidak Kelihatan.
2026-03-23 01:21:31
2
mnasiir6978
mnasiir :
Sempat berjumpa/mengenali wira2 negara ni walaupun masa tu masih di sekolah rendah. Masih lekat diingatan kenangan bersama mereka dan masa tu la jgk smpt bertemu pakmat (nama panggilan) pengerus PKM. YTJT.
2026-04-04 07:34:30
1
irhassansulaiman
Ir. Hassan Bin Sulaiman :
Terbaik Kenny Hashim.
2026-02-16 15:00:29
6
rizal770706
Rizal :
Terbaik
2026-02-16 14:51:57
4
ab07514
AB :
Salute
2026-02-17 01:53:49
4
dragonballbelubau
. :
kenangan ulu kinta semoga Semua nya sihat walafiat. steady
2026-03-15 23:55:27
0
suhaimisamsudin688
MELAYU 7 :
Agenda Carl Mark masih lagi aktif
2026-02-25 23:29:48
0
nushifulda
Nushi Fulda :
terima kasih Mulyono
2026-03-02 11:27:19
0
longtiger_2022
My Cat LongTiger_2022 :
saya salute sb dulu.... mereka tidak di kenali oleh masyarakat setempat...
2026-03-21 22:52:12
0
afiqmori
AfiqMori :
team F askar ke polis
2026-02-24 04:55:58
0
foo.cs0
Foo CS :
🫡 🫡 🫡 🫡 🫡
2026-02-24 03:55:06
1
saat.yasin
Saat Yasin :
🥰🥰🥰
2026-02-19 06:07:24
1
azizi_sunyahoo.com
Pasemboq :
❤️❤️❤️
2026-02-20 15:26:02
1
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About