عزیز :
Saya setuju dan faham bahawasanya Allah Maha pemberi rezeki, tapi why punca kekangan kewangan menjadi antara punca yg tinggi terhadap penceraian🤕, and onemore perjalan hidup setiap orang tak sama, bukan soal kumpul duit ke tak, ada yg kena sara adik beradik sebab parents dah takda, ada yg habiskan duit beli ubat ubat atau bil hospital utk jaga parent yg sakit, jalan hidup tak sama tuan, in reality sapa ja taknak kahwin, tapi untuk konteks ni, ayat yg terbaik utk disebut adalah, "Allah adalah sebaik baik perancang, selagi mana kita berdoa dan usaha, Allah akan beri🤍", dan untuk kisah saya, saya kena sara adik adik, parent dah tiada, ada adik yg masih sekolah dan ada yg masih study di uni, kalau fikir soal kahwin semata mata, cukup kah? dengan yuran yuran pengajian adik adik, makan minum, bil itu ini utk rumah, kalau tanya saya nk ke kahwin, nakkk!, tapi belum masanya, saya tak berani janji yg rezeki saya ada sekarang ni mampu sara anak perempuan orang, tapi InshaAllah, dengan ayat tuan tu. saya akan terus usaha, dan anggap sahaja yang bahawasanya jalan hidup kita yg bertanggungjawab sebagai seorang lelaki ini adalah sama sahaja, terima kasih
2026-02-26 20:49:49