@beritafit: Malaysia menegaskan pendirian untuk terus membantu rakyat Palestin walaupun negara ini bukan anggota dalam United Nations Security Council (UNSC). Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapannya di United Nations General Assembly (UNGA) menegaskan bahawa Malaysia akan terus menyokong perjuangan Palestin melalui diplomasi, tekanan antarabangsa dan reformasi PBB agar kuasa veto tidak terus menghalang keadilan untuk Palestin. Kerajaan juga konsisten menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza serta menyokong penyelesaian dua negara sebagai jalan damai yang adil dan bermaruah. Malaysia mungkin bukan anggota tetap UNSC. Tetapi Malaysia tidak pernah tetap diam. #SolidaritiPalestin #MalaysiaPrihatin #Gaza #MisiKemanusiaan #MisiBantuan