@ohbulanofficial: Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai warga asing yang didakwa melakukan perbuatan ‘tidak sopan’ terhadap seorang jemaah wanita ketika solat Dhuha di sebuah masjid di Bukit Siput. Suspek berusia lingkungan 30-an itu dikenal pasti menerusi rakaman CCTV, dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Segamat. Sumber Berita: Harian Metro Sumber Video: gn4mii P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih! #ohbulan #masjid #bukitsiput