@zack43058: " Hanya Dalam Lagu ", merupakan lagu slow rock yang di popularkan oleh kumpulan { Handy Black } Daripada album kedua mereka yang berjudul " Tangan Hitam " yang dikeluarkan pada tahun 1989. Menampilkan Isa Rahman sebagai Penyanyi Utama ketika itu. Lagu ini diiktiraf sebagai salah satu karya Ikonik terbaik oleh kumpulan mereka. selain lagu { Natrah } yang sangat sinonim dengan kumpulan Handy Black. Handy Black merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif popular pada tahun 80-an lagi. Dan menyampaikan lagu-lagu Rock Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1986. Kumpulan Handy Black mula dikenali melalui siri Kompilasi { Clash Of The Bands }. Walaupun kumpulan mereka sering menukar ahli kumpulan. Lagu " Hanya Dalam Lagu " kekal sebagai antara karya lagu terbaik mereka. Dato' M.Nasir merupakan salah seorang komposer dan penerbit dalam album " Tangan Hitam ", Dan memuatkan 10 buah lagu tersebut dikeluarkan di bawah label Musical Sound Organisation Sdn. Bhd. Yang dianggotai oleh empat orang anak muda yang cukup dikenali ramai. Diketuai oleh { Isa Rahman } sebagai Penyanyi , { Lee } Gitar Utama , { Bard } Bass , dan { Amy } sebagai Drum yang aktif popular hingga ke hari ini bersama kumpulan Xpdc. Lagu ini sering dikenang kerana melodinya yang mantap dan susunan muzik yang sesuai dengan jiwa rock kapak ketika itu. Album { Tangan Hitam } • Mahound Dunia • Natrah • Raja Rock • Pyramid • Tangan Hitam • Gypsy Kelana • Ibu/Anak Jalanan • Iramaku • Perintah • Hanya Dalam Lagu ✓ #hanyadalamlagu #handyblack #isarahman #lagurockkapak #nostalgia8090an
Album Tangan Hitam (1989) adalah antara 20 album rock terbaik Malaysia sepanjang zaman. Tapi sayang, daripada 10 lagu dalam album ni, 9 digam oleh RTM dan ini meranapkan momentum mereka di puncak karier. Akhirnya Isa Rahman jadi vokalis Garuda. Bard join G.E.T, Strangers dan E.Y.E. Amy pulak masuk XPDC. Rosli pulak join Sherox dan terlibat dalam pembikinan album Stra-TG. Maka di Malaysia, era "rock sebenar" berakhir dengan dua kumpulan iaitu Handy Black dan Crossfire
2026-03-16 03:35:53
128
IsaRahmanHandyBlack :
Terima kasih sahabat semua
2026-03-09 14:20:01
72
Keperawi Awie :
Dalam kesibukan kerja..ambik masa layan lagu dulu²... Tersenyum sendiri mengenangkan masa lalu... banyak sgt kenangan yang tercipta... Sekarang dan berumur 55 Tahun..Rindu masa lalu.
2026-03-07 21:31:32
57
Md.Azizul bin Misran :
Walaupun penampilan Rock nye menggerunkan rupa2nya dalam Hati ada taman... Memang dalam Keras ada lentok leleh nya yang tersendiri...!
2026-03-07 01:05:16
19
wanwan :
pelik² baju. tapi tulah zaman tu memang gitu sytlenya
2026-03-07 12:12:49
9
Ipien :
betul ke ni suara abg isa kumpulan garuda
2026-03-07 05:10:46
8
Yong Li :
rupa rock keras tapi hati tetap leleh..unik nya rockers zaman dulu²
2026-03-07 16:14:08
8
AsriHery :
Antara band nostalgia zaman aku dlu..thn ’89 umr 19 thn,, bnyk kenangan utk di kenang🥰
2026-03-08 06:57:03
11
sakripo6 :
Kita penah tgk ...abg Bard ..org..Pmas Klate
2026-03-07 14:57:51
8
JEFF CINCIN :
Kenangan 80's.
2026-03-07 16:10:27
5
Kamarul79 :
zaman aku membesar ni.....terasa da tua sekarang ni...47 taun da😅😁☺️
2026-03-11 12:31:00
5
Norjelin Tutonh :
perkembangan kumpulan rock pernah diband oleh menteri penerangan, tapi tetap ramai peminat.
2026-03-24 15:37:13
5
MIJIE :
Lagu kenangan masa keja kilang kat port klang masa tu tackle awek sabah xdpt sbb dia dh ada pakwe..masa tahun 1997
2026-03-11 09:55:00
5
erma :
penampilan rock tapi dalam lagu ada taman.jiwang²...
2026-03-10 02:33:12
5
M asri :
respect anggota band Handy black dalam album x ada satu sensionist.semua anggota main sendiri muzik diorang..
2026-03-09 00:14:27
5
🐉Shadow Dragon naga sakti🐉 :
Isa Rahman ex vokalis kumpulan Handy black crossfire garuda
2026-04-03 01:47:37
5
manggaburuk :
Lagu kenangan di darjah 4 sk gum-gum batu 16 sandakan.. Skg usia 47 tahun masih lagi mendengar lagu dari handy black..